Saturday, October 26, 2013

Penyusuan....Perlu ke makan supplement?

Assalamualaikum...

Lama tak berblog..tetiba terkeluar topik ni yer....
Sebab apa saya pilih topik ni?? sebab saya tengok ramai yang google bab penyusuan..
Alhamdulilah ramai ibu sekarang sedar akan kepentingan penyusuan ibu & kebaikannya kepada anak2..
Selain dapat mengeratkan kasih sayang anak dan ibu dan mempunyai khasiat yang tidak terbanding,  penyusuan juga bagus untuk sistem imunisasi kanak-kanak...

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


Back to our topic..perlu ke makan supplement kalau nak breast feeding ni??? Hmmm....menjadi persoalan betul kan...

Bagi pendapat saya sebagai seorang ibu yang walaupon hanya berjaya menyusukan anak selama 8 bulan dan berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang berjaya breast feeding anak selama 2 tahun...bagi saya tak perlu pon amik apa-apa supplement tambahan.

Kenapa saya cakap tak perlu??? kenapa saya gagal menyusukan anak selama 2 tahun?? kenapa?? sebab saya malas!!!!!...teruk kan saya ni...yer, saya malas nak minum air yang banyak....

Macam mana perjalanan breastfeeding saya?? Ok..bangun pagi2 mula kul7 saya pam susu sambil minum air suam beberapa gelas...Sebagai wanita berkerjaya juga, wajib mengepam kat ofis..dalam kul10 bila rasa tegang, pam lagi sambil wat keja...time tu pakai pashmina lindung sebab kat ofis saya ni jenis takda bilik. kadang2 pergi pam kat dalam surau. Pukul1 keluar lunch @ selalunya bawa bekal sebab taknak buang masa. Dalam pukul1.20 cepat2 pam pulak dan pastu solat. Kiranya dalam tempoh sejam, kena makan, pam dan solat ...terasa macam SUPERMAK sangat..hahaha..

Petang pulak..dalam pukul4-5 pam lagi...Stok susu simpan dalam peti ais..so, pesan siap2 kat ofismate jangan tersalah amik pulak..tak pasal2 jadi anak susuan nanti..hahaha (juz joking okay)..Balik rumah, makan nasi pastu pam lagi dalam pukul7.

Apa yang bawa datang ofis, for sure beg penyusuan yang lengkap..pam, cooler bag skali dengan ice pack seketul dua..sebab umah dengan ofis 7km je, sangat dekat...probability susu nak cair tu tidak lah..kecuali lupa keluarkan sehari semalam.. pernah lupa ok..rasa teruk sangat sebab telah membazirkan stok susu yang sangat bermanfaat untuk anakku...tampar pipi sendiri sket..dussshhhh...

back to topik kemalasan..tak tau kenapa, malas sangat nak minum air banyak2 sebab tak larat ulang alik p toilet, nak2 bulan pose..susu drop sangat2 time tu laaa...patut time buka pose & sahur tu kena minum air paling kurang 2-3 liter tau..air ais memang wajib pantang...

Kawan saya berjaya breastfeeding akedua-dua anaknya sebelum ni sampai 2 tahun tanpa amik apa2 supplement pon. Katanya juz jaga makan,minum air banyak2..so, diet seharian kena complete laa...makan macam biasa..jangan amik apa2 makanan yang tak berkhasiat..banyak makan kurma..minum susu...dan yes, dia sedang menyusukan anak ketiganya pulak sekarang...Ya Allah, berilah aku kekuatan serta kerajinan untuk menyusukan anak-anakku seterusnya sampai 2 tahun....

Ramai yang dok promote supplement/ set penyusuan ibu tapi yang tak bestnya..sumber berasaskan protein soya...Mohon pembaca google sendiri negara mana negara pengeluar utama soya dan jangan lupa google apa khasiat, kebaikan dan keburukan soya...maaf, saya tak berminat produk yang selalu di promote itu...

Apa-apa pun kepada ibu2 yang berniat dan sedang menyusukan anak, saya ucapkan tahniah dan semoga berjaya..sebenarnya banyak tips secara semulajadi dapat banyakkan susu ibu..mohon kawan2 rajin google dan bertanya-tanya kepada yang lebih arif yer...

Sekian, terima kasih..wassalam...
Pic taken on Raya Aidiladha 2013 @ TESCO..hahaha...time ni dia tak nak balik..tetiba dok sini dan nak pulang pandang camera..ohh anakku Muhammad Arif Zaki..1 tahun 8 bulan dahh...



No comments:

Post a Comment

aishey nafisa ais man