Panduan dan Tip mungkin boleh di amalkan bagi membantu anak-anak anda mudah bercakap
- Doa pada Allah selepas Sembahyang, agar anak-anak anda mudah bercakap dan jadi anak soleh dan solehah.
- Ibu bapa perlu selalu bercakap dan berinteraksi dengan anak-anak
dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai
bercakap!
- Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah
mereka faham. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak,
pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak
anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas
- Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
- Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
- Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu
bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa
dengan orang yang baru dikenali
- Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak
bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya
mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari
perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya
- Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi
perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si
anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan
menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba
disebut anak
- Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.
 |
Semoga anakku menjadi anak yang soleh & berjaya duniawi & ukhrawi..AMEEN |
 |
Tengok tuu..ramah betul arif...ibu dia cakap, dia pon nak jugak cakap... |
No comments:
Post a Comment
aishey nafisa ais man