Thursday, June 28, 2012

PENGURUSAN KEWANGAN..ENCIK HUSBAND SURUH BACA BETUL2..KUI..KUI..KUI..

Kita sekarang sudah berada di akhir pertengahan tahun 2012. Ini bermakna kita sudah berada separuh tahun bagi tahun ini. Bagi sesebuah organisasi, ia akan membuat review perbelanjaan dan juga sasaran baru bagi mengenal pasti sekiranya ada kekurangan bagi kedua-dua perkara ini. Yang terlebih akan dikurangkan, dan yang kurang akan ditambahkan. Ini adalah untuk memastikan perbelanjaan akan terus realistik bersesuaian dengan keadaan semasa. Begitulah juga dengan belanja diri kita sendiri. Kita perlu memeriksa perbelanjaan kita sama ada ia mempunyai kekurangan atau tidak.

Berapakah jumlah hutang kita sehingga pertengahan tahun ini yang sudah dilunaskan? Adakah ia semakin bertambah ataupun berkurang? Jika berkurang, berapakah jumlah hutang yang dikurangkan? Sekiranya kita membuat hutang, adakah ia merupakan hutang perlu atau tidak perlu?

Pengalaman merupakan guru terbaik bagi seseorang. Sejak tahun 2010, saya mula belajar mengenai ilmu pengurusan kewangan setelah mula berjinak-jinak dengan hutang. Ketika itu, saya baru sedar bahawa duit simpanan saya ‘entah ke mana’ dan hutang pun masih banyak setelah 2 tahun bekerja. Setelah berusaha bersungguh-sungguh membaiki pengurusan kewangan saya, sedar tak sedar saya telah berjaya mengurangkan hutang saya sebanyak RM20,000 sehingga Jun 2012 sejak awal tahun 2010. Bagi saya, pencapaian ini boleh dibanggakan walaupun ia tidak membanggakan. Apa yang menarik lagi bagi saya ialah simpanan saya mula bertambah dari bulan ke bulan sekarang. Saya berjaya mengubah minda saya bahawa seseorang itu akan banyak duit bukan kerana dia bergaji besar atau mempunyai side income yang besar atau membuat tuntutan yang tinggi dengan syarikat setiap bulan tetapi seseorang itu akan banyak duit kerana pandai menguruskan duitnya. Saya juga berjaya melanjutkan pelajaran saya dengan menggunakan wang tunai sendiri tanpa meminta pinjaman-pinjaman lain atau menggunakan wang simpanan KSWP saya.

Sewaktu sarapan pagi semalam, saya bersembang mengenai pinjaman PTPTN bersama-sama rakan saya yang mengambil pinjaman tersebut semasa belajar di universiti. Di antara kami ada yang mengatakan dia membayar setiap bulan dan ada yang tidak membayar hutang. Rupa-rupanya ada yang tidak membayar hutang ini merupakan individu yang masih mengharapkan janji bulan dan bintang pihak pembangkang untuk menghapuskan pinjaman ini sekiranya mereka menang dalam PRU-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat. Saya sudah menyebutkan janji bulan dan bintang pihak pembangkang dalam artikel sebelum ini bahawa mereka tidak mempunyai hujah yang kuat untuk melaksanakan janji tersebut (Klik di Sini). Hutang tetap hutang. Anda perlu membayarnya dan anda tidak boleh mengelak untuk membayarnya. Jika anda cuba lari membayar hutang, ia tetap akan datang juga. Oleh itu, cuba selesaikan hutang anda walaupun secara cepat ataupun lambat. Hutang akan terus membelenggu diri anda sekiranya anda tidak cuba melawannya.

Buat jangkaan bilakah hutang anda selesai sekiranya masih membayar secara bulanan sekarang. Anda boleh menyelesaikan hutang anda yang ada sekarang secara cepat atau lambat. Adalah mustahil untuk anda menyelesaikan hutang berjumlah RM30,000 dalam masa satu bulan sekiranya anda berpendapatan RM3,000 sebulan. Sekiranya anda membayar RM500 sebulan, ia akan diselesaikan dalam masa 5 tahun dan habis dibayar pada tahun 2017 mulai sekarang. Sekiranya anda membayar RM300 sebulan, ia akan diselesaikan dalam masa 8 tahun lebih dan habis dibayar pada tahun 2021 mulai sekarang. Inilah yang dimaksudkan membayar hutang secara cepat atau lambat. Anda boleh mempercepatkan pembayaran hutang-hutang anda dengan menambah bayaran ansuran bulanan sekiranya pendapatan anda bertambah pada masa hadapan. Seterusnya, anda boleh membuat jangkaan yang baru bilakah hutang akan selesai dan ia akan habis dibayar dari tempoh sepatutnya. Ini sudah tentu dapat mempercepatkan diri anda mencapai kebebasan kewangan.

Kita sebagai pekerja awam atau swasta sudah tentu mendapat kenaikan gaji baru-baru ini. Mungkin antara kita mendapat kenaikan RM200 – RM300. Walaupun sedikit mungkin tidak sebanyak bonus tahunan kita, sekiranya kita pandai mengira dari awal tahun mula kenaikan sehingga kita bersara, nilainya menjadi puluhan ribu ringgit. Contohnya kita akan bersara 25 tahun lagi dari sekarang mulai tahun 2012. Sekiranya kenaikan kita adalah RM200, maka ia akan berjumlah RM60,000 dalam masa 25 tahun akan datang (RM200 x 12 bulan x 25 tahun). Dengan menggunakan Prinsip Sendal Baji seperti mana yang saya terangkan sebelum ini (Klik di Sini) iaitu menyimpan separuh daripada kenaikan gaji kita (RM100 daripada RM200), jumlah simpanan kita akan menjadi RM30,000 dalam masa 25 tahun akan datang (RM100 x 12 bulan x 25 tahun). Ini belum mengambil kira kenaikan kita pada tahun-tahun akan datang. Ini sudah tentu menyebabkan simpanan kita menjadi ratusan ribu atau jutaan ringgit setelah kita bersara kelak. Benar bukan?

Simpanan ini perlulah dibuat dengan potongan gaji ke dalam simpanan atau pelaburan instrumen kewangan yang lain seperti Koperasi, ASNB, Tabung Haji atau tempat pelaburan yang lain di mana kita tidak dapat mengambil duit tersebut. Ini kerana duit di depan mata kita tidak akan dapat disimpan.

Setakat ini dulu penulisan saya pada kali ini. Apa yang penting ialah kita pandai menguruskan kewangan kita untuk mengurangkan hutang kita dan seterusnya menambah simpanan kita. Apa yang lebih penting kita perlu memastikan mutu kesihatan kewangan sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa semoga kita tergolong orang yang mendapat sentiasa mendapat ketenangan dan kebahagiaan. Bak kata Saidina Ali Abi Talib, “Sekiranya hari ini lebih baik daripada semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya hari ini sama dengan hari semalam, maka sia-sialah orang itu. Sekiranya hari ini lebih buruk daripada semalam, maka celakah orang itu.”

Sekian, terima kasih.
 
 
HAAA..TENGOK PIC TU, NAMPAK BOTOL2 AIR MINERAL HUSBAND..KUMPUL2 KLU JUAL TAK KE UNTUNG ENCIK HUSBAND YER.. TAMBAH PENDAPATAN KELUARGA..HIHIHI
 

source:: http://wankamarul701.blogspot.com

Monday, June 25, 2012

Mendidik Isteri Cara Rasulullah S.A.W

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.

Firman Allah SWT:

“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.

Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”

Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.

Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.

Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

 source:  http://myibrah.com

Saturday, June 23, 2012

BAWA ARIF JALAN-JALAN TENGOK DUNIA

SALAM..
Oleh sebab tak busy arini..
Dengan rajinnya ibu arif akan mengupload gambar2 bawa arif jalan2...
Actually time pregnant, ibu arif suka datang sini bagi ikan makan dalam tasik tu...
Tenang tengok tasik ni & kehijauan taman ni..


ANAK IBUU....

ANAK AYAH....

ANAK AYAH LAGI...

ANAK AYAH & IBU...

MA TOK & MAK CIK ARIF...

ANAK IBUUU....

ARIF KEJAR KUDA

KUDAMU LARI GAGAH BERANI

Thursday, June 21, 2012

PENGALAMAN MELAHIRKAN MUHAMMAD ARIF ZAKI

Salam..
Setelah 4 bulan 2 minggu berlalu...
Arini baru ada kesempatan nak bercerita tentang pengalaman become 1st mother....

Disebabkan besday my husband and me berturut-turut (husband 8/2, me 9/2), so I wish my baby akan lahir pada 10/2..hihi..sokmo doa tau even due date is 1/3/2012...


MAKAN BANYAK

Pada 9/2/2012 (ehem2..my besday yang ke 27 tuuu....) lepas balik keje, p pasar malam dekat umah ngan mama n adik n dengan baby dalam perut bulat2 ni.Pastu beli la nasi ayam + ayam goreng 3 ketul + taufu fa + air soya...ni makan ngan baby dalam perut je tau...

SAKIT PERUT

Malam tu time tido, terasa sakit pinggang macam menyucuk2 + sakit perut..in my mind, hmmm..senak nak membuang aje kot...pastu sakit lagi....macam selang 15 minit or setengah jam gitu2...so, dengan perasaan or macam orang xde perasaan, dibiarkan aje sakit tu even dalam keadaan tido terlelap pon terjaga serta merta waktu sakit tu...tido pulak sorang2, almaklumlah husband dok juh...so, terasa sangatla malas nak p kejut ma n abah kt bilik sebelah....wat slumber aje la...tido itu lebih penting..huhu..

Nak dekat subuh tu, try la p membuang..so, done..pastu, aiippp..sakit lagi....
p kt bilik mama, gtau la mama sakit cane n semakin kerap sakit..dah membuang, tapi sakit lagi...pas solat sume, gtau mama sakit lagi...adusss....

Pastu tanya ma, ni nk p keje xtau...ma kata xyah p la kot...
Tapi macam gatal2 la kn nak p jugak...pastu sakit makin kerap pulak..
So, aku decide x p keje laa...
Xsangka rupa-rupanya dari malam tadi aku mengalami contraction...

Hari semakin cerah, makin kerap pulak contraction yang di alami..
Bila contraction menyerang, rasa macam terkena kejutan letrik pon ada...haha
Rasa menyucuk2 bahagian pinggang bagai nak luruh pinggang n senak
Kemudian, bermulalah episod contraction yang sangat kerap setiap 5 minit..tapi still xde apa2 tanda pon lagi..

Mama pon kol la maknjang suruh bawa tok datang umah coz tok of course la lebih arif hal2 ni..
Tok mai la umah dengan membawa bermacam2 jenis kuih muih..adeiii tokk...cek sakit laa...tapi tok macam nak wat kenduri pulak..
Memang xleh bangun dh coz sakit sangat2..

HOSPITAL

Dalam kul10 pagi, abah n ma bawa p hospital...
Doc seluk, bukaan baru 1cm and tanya doc bila agak2 baby nak kuar, doc cakap may be esok la kot baru kuar..adoiii..sakit ni doc...macam nak suh doc belah perut kuarkan baby cepat2 jer tau...

Doc suh masuk wad dulu coz contraction kerap + 1st baby kan...
Sepatutnya 1cm kena balik dulu..so, kira baik jugak la doc ni..doc tu tulis kt form nak masuk wad tu bukaan dah 2cm..hihi..tipu sunat yer doc...

HUSBAND

Owhh..lupa nak sory..husband dok Kuala Kubu Bharu, Selangor nung...time tu husband ada majlis kat ampang..so, kol husband gtau sakit and husband balik la...Petang tu husband sampai...Husband sampai kat wad aje, ape lagi..nangis pulak tengok husband and suh husband doakan moga mudah bersalin..

MASUK WAD

Setelah doc suruh masuk wad, so p la kt wad and katil full okey..
so, kena la duduk kt katil sementara kt hujung...
Actually boleh masuk 1st class guna GL husband, tp x request pon coz dok dalam bilik sorang2..xnak laa...dh la tengah sakit...

3rd class pon okay jer, ada 4 katil...
Cuma yang x selesa sket coz time melawat tu ramai sangat n agak rimas laaa...
Sementara nak dapat katil yang sepatutnya, aku duduk jer atas kerusi n nangis tiap2 kali contraction tu...

Masuk wad, sape2 pon xleh teman..so..sakit & nangis je sorang2...
Makan gak la sket2 coz nak kena ada energy untuk meneran nanti..
Siap suh adik beli air nira lagi coz teringin....
Jangan xpercaya..makan still berselera tau..hihi..

Petang sket kat wad, kuar la tanda darah..
tapi xla banyak pon..
sket2 jer..
Orang cakap, klu kuar tanda darah lambat sket nk bersalin...
Whatever laa..janji bersalin jugak kan...

BERMALAM DI WAD

Boring giler bermalam di wad..jap2 nurse datang suruh makan ubat...
Dah la nyamuk banyak coz tingkap xtutup...abeh merah lengan aku tau..mcm penyakit campak pon ada..
Tido pon xlena coz kejap2 contraction..dh la kerap...Redho aje laa...
Sebenarnya sambil dok sakit tu, hati berbunga2 jugak coz xsabar nak jumpe baby...
Sedih pon ada jugak coz perut bakal rasa kosong n xde pergerakan baby dh...

Tengah malam tu..contraction kuat sangat, jerit panggil nurse...
Nurse, saya sakit...nurse suh masuk dalam bilik n seluk, 2cm lg...
Pastu sakit lagi panggil doc, doc suh masuk and seluk lagi..still 2cm..
Pastu sakit lagi. kali ni xlarat nak p masuk bilik tu dh..doc datang and seluk kt katil tu..katanya baru nak dekat 3cm..


11 FEBRUARY 2012

Pastu pagi keesokan harinya 11/2/2012 gtau doc sakit sangat2, doc cek bukaan dh 5cm..so, boleh masuk labour room dh..Time tu dalam 8 lebih ke 9 lebih ntah..
Perasaan time tu...hepy coz xlama dh nak dpt jumpe baby + takut gak la nak beranak..tapi apa2 pon doakan jer boleh beranak normal...

Kol husband suruh datang cepat2..husband tengah breakfast time tu..
Tanya husband nak masuk ke x..tapi awal dh tau jawapannya..Of course ler TAK sebab dia takut darah..hahaha
So, aku pon fikir klu husband aku masuk n pengsan, xleh la dia nak azankan anaknya nanti..
Xpe la, gtau husband, ayang masuk dlu la...gtau ma n abah n mertua suh doakan ayang yer..huhu

Masuk dalam labour room no 6, nurse suruh baring jer dulu..
Pastu rasa nak terberak sangat2 okay...
Gtau nurse, saya nak berak sangat2 ni..
So, P masuk toilet n try nak membuang..
Tapi xde pe pun keluar...

Masuk balik dalam room and baring jer...
Ada la 3 orang doc pelatih sumenya lelaki yer...
Datang nak cocok tangan nak masukkan ubat..
Aku request nak epidural coz sakit sangat tau...
Dia cakap xnk bagi coz aku xde problem apa..
aku cakap..saya nak jugakkkkkkk!!!!
So, dorang pon kol pakar...
Time tu pakar ada

Dorang keluar jap and datang semula...katanya nak pecahkan air ketuban..Alamak..malunya...
Eee..nape c bagi doc pompuan je datang pecahkan...
Sorang dok ajar ngan mulut ape kena buat...
Sorang dalam proses nak pecahkan air ketuban..
Sorang lagi memerhati je kot..

Yang dalam proses tu wat xjadi...adeeiii..
Aku cakap laa...awak ingat saya ni bahan eksperimen awak ker...
Pastu yang tolong ajar tu watkan so, pecah la air ketuban tu
rasa suam2 jer kuar dari tutt...banyak pulak tu..
Pastu katanya tunggu sejam sekali dia akan masuk cek..

Xsampai 10 minit dia kuar, aku menjerit panggil doc and nurse gtau sakit...
Doc..saya nak terberak ni....sakit sangat n rasa macam nak kuar sangat2 dh..
oooo..baru tahu rasa sakit nak beranak..macam nak berak ajer...huhu

Sambil dok jerit adoii sakit...
Dok baca "ya fatah" & laahaulawaquwwataillabillahila'liyyila'ziimm...allahummainnikuntumninazzoolimin...
Aku suruh nurse urut pinggang aku...nasib baik nurse tu baik and urut la dia..
aku siap tunjuk2 gtau nurse..urut sini...urut sini kuat...huhu..mengada la pulak....
Pastu xtahan sangat, nurse suruh mengiring sambil meneran sket...
Sebab tu la kot kena jahit banyak..huhu
Patut aku dok dalam bukaan V jer tanpa berubah atau gerak2...

Pastu datang la doc2 nak dekat 10 orang kot...
Dorang suruh push...
aku pon mula la push..aduhhhh...
stop jap..dorang suruh push lagi...
emmmmm....push secara terus menerus tanpa henti, akhirnya kuar kepala baby..
Dorang suruh push lagi....
Emmmmm...terhenti jugak....
Dengar2 heart beat baby da makin lemah...
Nurse datang bawakan air n suap aku guna straw..
Pastu dengan tekad, semangat tulus suci & murni untuk jumpa baby aku..
Ku gagahkan diri push tanpa henti...
Akhirnyaaa......
Gulp...gulp..gulp....talipusat ditarik doc...
Legaaaaaa........................................
xtau nak cakap cane, tapi memang lega la sangat2...
Doc tunjuk, girl or boy..
dengan senyuman yang lemah..aku cakap boy....

Dorang bawa baby & mandikan sume...
Pastu doc ni dok jahit cik tuttt..
Jahit sambil sembang...tapi aku da xlarat buka mata...
Sembang aje laa...dia bius dlu b4 jahit...
Dia kata klu sakit, gtau...dia akan bius..
Tanya dia, berapa jahitan sumenya..
Dia kata dalam 10..okay...10...haa????10???

Dalam setengah jam kot tunggu, baru la baby sampai n diletakkan kat sebelah....
Hmm..Indahnya nikamt bergelar ibu ni...
Comelnya baby ibu ni...
Mata hitam je nampak..Pastu bulu mata punya la panjang...
Anak ayah...

Syok sangat2 tau jadi ibu ni....
Pengalaman beranak tu macam agak ngeri..tapi manis gitu...
Nak beranak lagii..hihi (^_^)

10-2-2012..A day before bersalin




Monday, June 18, 2012

MACAM-MACAM ARIF

Muka majuk nak diangkat..

Arif nak neng ibu....
Macam-macam karenah my arif ni...geram betul, macam nak geget2 jer..dah la boolat....

Wednesday, June 13, 2012

INTRODUCING LITTLE KHALIF @ MY HERO

Salam

Saja rajin nak post gambo my hero..

Nama: Muhammad Arif zaki Bin Sulaiman.

D.O.B: 11 February 2012

Arif berusaha gigih nak angkat kepala time meniarap

Ibu..Arif want this chair...

Arif like this mat
Syukur, dah 4 bulan arif bersama ibu di dunia ni & 9 bulan bersama-sama dalam perut ibu..ohh, rindunya saat arif dok gerak2 dalam perut ni..

Macam mana aktifnya arif bermula 4 bulan sampai hari nak beranakkan arif dalam perut ibunya, camtu jugak la aktifnya arif di luar perut ibunya..Bayangkan, lepas je kuar perut dh pandai angkat kepala dah..alhamdulilah, tulangnya keras, maybe hasil daripada minyak zaitun yang diamalkan ibu arif semasa pregnant...nurse pon ada inform yang minyak zaitun dapat kuatkan tulang baby..apa pun, semua datangnya dari Allah, ibu arif hanya berusaha..

Selama 4 Bulan hidup di dunia, maka sudah 4 bulan la arif mendapat susu ibu sepenuhnya. 
Alhamdulilah, selepas kuning lepas lahir & selama 4 bulan ni arif tak pernah demam or sakit apa2..berkat susu ibu kot..hihi..alhamdulilah lagi..InsyaAllah, target pertama penyusuan secara eksklusif (EBF) akan tercapai dan seterusnya sampai 2 tahun..Minum susu ibu, arif jadi sihat dan beriman...ameen..

Nape nama Muhammad Arif Zaki ???

Sebenarnya nama ini hasil daripada combination nama himpunan yang dihimpun ibu arif sejak zaman persekolahan lagi sekiranya ibu arif mempunyai anak suatu hari nanti...
Maksud Muhammad = Nama Rasulullah SAW
Maksud Arif = Yang berpengetahuan
Maksud Zaki = Yang cerdik/bijaksana

Conclusion Nama :  
(1) Semoga anak ibu mencontohi sifat Rasulullah...
(2) Semoga anak ibu menjadi seorang yang berpengetahuan luas esp hal berkaitan keagamaan & lain2 yang boleh memberi sumbangan kepada agama, masyarakat, keluarga & didi sendiri & supaya anak ibu menjauhi perbuatan lagha..
(3) Bila anak ibu berpengetahuan, sudah tentulah anak ibu ini seorang yang cerdik/bijaksana..pandai mengaplikasi ilmu2 yang ada pada dirinya..

Dari mana ibu arif berkenan nama ni???
Arif = hihi...ibu arif jumpa ramai lawyer nama arif ...actually ibu macam nak arif jadi lawyer & ada firm sendiri..tapi ikut arif la minat or cenderung ke bidang mana pun kan nanti..asalkan pekerjaan halalan wa toyyiban..tapi ibu arif lebih suka arif establish arif own empire..ibu xsuka arif makan gaji jer..

Zaki = Dulu time sekolah, ada sorang junior ibu arif nama zaki...memang pandai budak tu & best student batch dia...semoga arif pon akan jadi best student jugak suatu hari nanti..ameen..

Semoga doa  (muhammad arif zaki) setiap kali memanggil nama anakku menjadi kenyataan..ameen

Harapan: Semoga anak ibu menjadi seorang anak yang soleh,kuat daya ingatan dn hafalannya, pemimpin yang baik, hafiz yang ibu kagumi.. ibu sayang arif....