Thursday, August 21, 2014

1st Experience Shopping with Poplook

Salam...

Arini nak story sket 1st experience shopping with poplook. Sebelum ni tengok2, asal tanya husband mana cantik...for sure dia akan cakap sume tak cantik (akal tak bagi wife shopping online ler tuuuu). Selalu dok tengok2 poplook update, suka design dalam poplook dan yang paling penting, harga mampu milik la kan.

Ok, baru2 ni tengok poplook update dress ni, berkenan dengan yang ni sebab colour merah...tetiba minat merah kann..siap imagine nak pakai dengan tudung warna apa...this time dah tak tanya husband dah..hahaha




so, click..click & clickkk..dh settle payment, dapat tracking no. dari poplook..so, tunggu la...beli hari khamis. Jumaat & Sabtu Kedah cuti, so agak2 Ahad la sampai. sepanjang ahad tu asyik dok check tracking no. & fon je la kot pos laju contact. Bila check malam tu, tengok2 failure delivery..frusstttt okehh..hahaha...kan bila shopping apa2, sedikit ( actually banyak) excited..hahaha

Keesokan harinya check lagi failure delivery, tapi tak la pulak pos laju kol, pelik...sebelum2 ni kol jer klu tak jumpa rumah.

Isnin-selasa camtu kol la poplook gtau yang baju tak sampai dan return to sender. Sebelum tu check dengan pos laju, katanya lebih kurang tuan rumah dah xduduk di rumah tu..What!!!!! 29 years dah kot stay situ & yang sure, kat rumah 24jam ada orang dan IC pon pakai alamat yang sama okay... konon katanya alamat tak lengkap/xda orang duduk/dah pindah...hasihhh..hangin jugak lerr....

Then, bila parcel tu return to poplook, poplook email bagi email camni:



You have two options:
1. You can pay RM6, we will post the items back out to you.
2. You can wait for your next order at poplook.com, remind us, and we will post this order with your next order for free.
Do let us know your preferred option.
Thanks!

Me???........What? Why I need to make extra payment? When I checked their terms & conditions (keje aku kot dok draft & review terms & conditions & agreement bla2) , not mention at all about this matter. So, apa lagi aku pon demand poplook whether to return payment or send the parcel to the same address. Sambil2 tu wat report kat pos malaysia via email.

Lepas send demand email tu, poplook reply supaya tunggu dorang check this matter dengan pihak pos laju. Pos laju kol & tanya aku sama ada pihak pos laju kol atau tak. For sure la jawab tak, dah xda terima sebarang panggilan pon. Seminggu jugak la hal ni.

Then, poplook inform this matter dah settle dan parcel akan di hantar ke alamat yang sama sebelum ni. Lega...pos malaysia kol minta maaf lagi..baik betul.

Lepas terima parcel, siap ada email khas dari pos laju melaka. Bila check balik details yang poplook masukkan dalam form proses pos laju tu, rupanya poplook masukkan no telefon ke tempat no fax...no wonder la pos laju tak kol. Tapi tu jugak bukan reason pos laju bagi reason alamat sudah tidak diduduki kan.

Then, email semula poplook pasal salah letak no fon ke tempat no fax dan poplook pon dah minta maaf. Tapi apa2 pon, nak share kat sini yang customer service poplook bagus, sebab tu makin dikenali dan makin maju. Confirm takkan serik untuk shopping lagi sebab customer service yang bagus & design yang simple, cantik dan berkualiti. Customer Service pos laju pon bagus jugak dalam hal ni. Dua-dua pihak pon sangat membantu.

Terima kasih...p/s: baju baru belum dipakai...hihi

Tuesday, June 10, 2014

TIPS KURUS LEPAS BERSALIN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Excited kan baca topik kali ni.Ramai ibu-ibu di luar sana mencari-cari tips macam mana nak kembali ke bentuk asal lepas bersalin. Tipu la kalau boleh kembali ke bentuk asal 100% .sekurang-kurangnya 89% bentuk asal, dengan izin Allah, mesti boleh punya..cayalah...

Kenapa tetiba terbuka hati buka topik ni? hmmm...sebab ramai sangat tanya, kenapa makin kurus lepas bersalin????...waaa, dah kawen ke??? ingatkan belum kawen lagi..dah ada anak??? laa....ingatkan belum kawen lagi...jalan dengan suami jer, kadang-kadang pon orang pandang pelik jer..sebab macam tak kawen lagi ke??hahaha..ye la, my husband pon boleh dikatakan agak maintain la walaupon sedikit berisi dari sebelum kawen coz rajin exercise. Dia suka jogging & main badminton. Tak kurang jugak, ada yang tanya, awat makin kurus ni??? hang sakit ka??? pulakkk....

Sebab risau okay, bukan syok sangat semakin kurus sampai...seriously semua pakaian longgar..terus beli voucher screening test & buat test dekat Pathlab. Arwah tok (passed away on 21/3/2014-Friday sayyidul ayyam-Alfatihah), asal p umah dia jer asyik suruh p jumpa doktor.."hang p tanya doktor, hang sakit apa sampai kurus sangat aku tengok, sampai isi takdak..tulang jer banyak.." hahaha..sebab tok selalu tegur jugak la aku bersemangat p wat lab test tu. Result???? Alhamdulilah, result cantik..no problem.

Ramai minta tips...nak kata makan ubat kurus, tak jugak...actually tak makan apa-apa ubat selain ubat lepas bersalin. Lepas bersalin dulu consume ubat lepas bersalin amway. Itu pon amik ubat tu lepas abeh pantang coz Arif kena prolong jaundice.

Faktor pemakanan- Mungkin faktor ni yang membantu badan lebih kurus daripada sebelum bersalin. Sebelum pregnant, normal weight dalam 55-57kg. Time pregnant 76kg dan sekarang 51-52kg dengan ketinggian 165cm.

Pantang lepas bersalin - memang kena pantang betul-betul la. Tak boleh banyak bergerak sangat, yang paling penting jugak, memang wajib kena pantang apa yang patut pantang especially makanan "sejuk dan berangin". Air??? orang tua2 pesan tak boleh minum air lebih dari segelas setiap kali minum, tapi tu petua orang dolu2. Orang dalam pantang menyusu badan, kena la minum air suam banyak. Dahaga sangat tau setiap kali menyusu baby. Kena minum air suam banyak-banyak. Dalam pantang hanya boleh minum air milo cair-cair jer coz baby kembung kalau bancuh macam biasa & kalau minum horlicks pon baby kembung jugak. Cian baby dok menangis kalau kembung. So, elakkan la klu boleh elak.Setiap orang lain, ada yang tak kembung, ikut kesesuaian badan masing-masing jugak la.

Bertungku- wajib!!!!! Tapi pemalas nak bertungku sebab tungku berat...hahaha..lenguh tangan. Sehari 2x jer, pagi dan sebelum maghrib sampai malam. Tu pon mama dok bising sebab malas tungku. Sekali kalau tok datang umah, amik la..menjerit2 tok paksa tungku dan tekan tempat yang betul. Banyak darah keluar, pastu tok dok bising la tungku tak betul, pemalas nak tungku, darah kotor tak keluar abeh lagi..bla..bla..hahaha. Stokin wajib pakai tau.

Urut- hahahaha, yang ni memang wajib!!!! Hampir 30 kali or maybe lebih pergi berurut lebih kurang 5 orang bidan. Mungkin faktor ni jugak penyumbang terbesar kekurusan serta  membantu perjalanan darah dan keselesaan badan. So, selalulah pergi berurut yer.

Cara pemakanan- Bila berpantang, haruslah pantang. tapi bila dah abeh pantang, p makan ABC dengan mama kat tesco..hahahah..sambil janji dnegan mama, kakak makan sket jer nak lepas gian rindu ais..ok, so rasa la sikit jer. Then memang giler2 kawal nafsu tak sentuh air sejuk/berais langsung selama 6 bulan berturut-turut without failure..hahaha...tahan jer bila tengok orang minum, but actually terliur weiii...Nak maintain punya pasal. Effect, sekarang memang lebih suka minum air suam berbanding air sejuk.

Makan 3 kali sehari- Rutin, memang ngam2 makan 3x jer. breakfast jangan tinggal, lunch kadang2 makan macam raksasa (selalunya makan nasi.klu makan selain nasi, pukul3 dah lapar semula), petang lepas balik keja pon makan nasi. Memang jarang sangat2 makan makanan sampingan selain coklat. Sebab tu marah bila timbul isu cadbury tu..sebab choc pebretttt tuuuu...Kalau kat opis, bila agreement berlonggok nak kena setel, memang cepat lapar. Selalu ngadu lapar kat opismate time keja banyak, for sure dia akan cakap..waaa, bagus la you, metabolisme you tinggi tau..kalau la i macam you kan syok...hahahaha..pulakkkk...lapar la weiii...Kalau makan pulak, makanan tu wajib panas, tak suka makan makanan yang sejuk. Even mama baru masak 1/2 jam, akanku panaskan semula makanan tu yer...harap maklom..hihi

Supplement aka makanan tambahan- Memang sepanjang 2 tahun umur arif, langsung tak amik apa2. Cuma sekarang jer amik sket supplement. Nak tau produk apa??? tungguuuu....next post okay..kita review pasal produk jer.

Exercise- memang tak sempat. bayangkan dulu time study aktif giler. Abeh class kul4, terus siap2 p naik bas p training kayak, hoki, futsal...but now, terus stop exercise macam tu jer. body pon tak la fit macam dulu sebab makin kering, tapi still fit okay..hahaha..exercise sekarang, kejar arif, sapu sampah, lipat baju, mop lantai..bla..bla..bla....pendek kata, selain dari exercise dengan kejar arif kat shopping complex or taman mainan/rekreasi, confirm exercise di rumah jer..laju tau arif lari..tak terkejar ibunya...bagus2, anak yang aktif. Eh, lupa pulak. ada 1 lagi exercise harian, naik turun tangga tingkat 3 kat ofis...hehe

Conclusion - elakkan minum minuman sejuk/berais, minum air suam jer banyak2, exercise sikit2 jer, jangan terover...ekekeke..kang kurus sangat ler pulokk..

Saturday, October 26, 2013

Penyusuan....Perlu ke makan supplement?

Assalamualaikum...

Lama tak berblog..tetiba terkeluar topik ni yer....
Sebab apa saya pilih topik ni?? sebab saya tengok ramai yang google bab penyusuan..
Alhamdulilah ramai ibu sekarang sedar akan kepentingan penyusuan ibu & kebaikannya kepada anak2..
Selain dapat mengeratkan kasih sayang anak dan ibu dan mempunyai khasiat yang tidak terbanding,  penyusuan juga bagus untuk sistem imunisasi kanak-kanak...

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


Back to our topic..perlu ke makan supplement kalau nak breast feeding ni??? Hmmm....menjadi persoalan betul kan...

Bagi pendapat saya sebagai seorang ibu yang walaupon hanya berjaya menyusukan anak selama 8 bulan dan berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang berjaya breast feeding anak selama 2 tahun...bagi saya tak perlu pon amik apa-apa supplement tambahan.

Kenapa saya cakap tak perlu??? kenapa saya gagal menyusukan anak selama 2 tahun?? kenapa?? sebab saya malas!!!!!...teruk kan saya ni...yer, saya malas nak minum air yang banyak....

Macam mana perjalanan breastfeeding saya?? Ok..bangun pagi2 mula kul7 saya pam susu sambil minum air suam beberapa gelas...Sebagai wanita berkerjaya juga, wajib mengepam kat ofis..dalam kul10 bila rasa tegang, pam lagi sambil wat keja...time tu pakai pashmina lindung sebab kat ofis saya ni jenis takda bilik. kadang2 pergi pam kat dalam surau. Pukul1 keluar lunch @ selalunya bawa bekal sebab taknak buang masa. Dalam pukul1.20 cepat2 pam pulak dan pastu solat. Kiranya dalam tempoh sejam, kena makan, pam dan solat ...terasa macam SUPERMAK sangat..hahaha..

Petang pulak..dalam pukul4-5 pam lagi...Stok susu simpan dalam peti ais..so, pesan siap2 kat ofismate jangan tersalah amik pulak..tak pasal2 jadi anak susuan nanti..hahaha (juz joking okay)..Balik rumah, makan nasi pastu pam lagi dalam pukul7.

Apa yang bawa datang ofis, for sure beg penyusuan yang lengkap..pam, cooler bag skali dengan ice pack seketul dua..sebab umah dengan ofis 7km je, sangat dekat...probability susu nak cair tu tidak lah..kecuali lupa keluarkan sehari semalam.. pernah lupa ok..rasa teruk sangat sebab telah membazirkan stok susu yang sangat bermanfaat untuk anakku...tampar pipi sendiri sket..dussshhhh...

back to topik kemalasan..tak tau kenapa, malas sangat nak minum air banyak2 sebab tak larat ulang alik p toilet, nak2 bulan pose..susu drop sangat2 time tu laaa...patut time buka pose & sahur tu kena minum air paling kurang 2-3 liter tau..air ais memang wajib pantang...

Kawan saya berjaya breastfeeding akedua-dua anaknya sebelum ni sampai 2 tahun tanpa amik apa2 supplement pon. Katanya juz jaga makan,minum air banyak2..so, diet seharian kena complete laa...makan macam biasa..jangan amik apa2 makanan yang tak berkhasiat..banyak makan kurma..minum susu...dan yes, dia sedang menyusukan anak ketiganya pulak sekarang...Ya Allah, berilah aku kekuatan serta kerajinan untuk menyusukan anak-anakku seterusnya sampai 2 tahun....

Ramai yang dok promote supplement/ set penyusuan ibu tapi yang tak bestnya..sumber berasaskan protein soya...Mohon pembaca google sendiri negara mana negara pengeluar utama soya dan jangan lupa google apa khasiat, kebaikan dan keburukan soya...maaf, saya tak berminat produk yang selalu di promote itu...

Apa-apa pun kepada ibu2 yang berniat dan sedang menyusukan anak, saya ucapkan tahniah dan semoga berjaya..sebenarnya banyak tips secara semulajadi dapat banyakkan susu ibu..mohon kawan2 rajin google dan bertanya-tanya kepada yang lebih arif yer...

Sekian, terima kasih..wassalam...
Pic taken on Raya Aidiladha 2013 @ TESCO..hahaha...time ni dia tak nak balik..tetiba dok sini dan nak pulang pandang camera..ohh anakku Muhammad Arif Zaki..1 tahun 8 bulan dahh...



Thursday, March 7, 2013

BANGUN PAGI SENGIH-SENGIH


Salam...
Rerajin pulak nak update blog hari ni..
Bukan apa, teringat keletah arif zaki pagi tadi..

Pagi tadi macam biasa, bangun pagi, solat & tunggu depan pintu umah babai husband nak p keja depan pintu umah...
Arif tak bangun2 lagi, lewat sket dia bangun..Selalunya dia akan bangun before ayahnya p keja.
So, tengok arif tido lena, ibunya tak kaco la..
Sedang dok babai ayah arif, tetiba nampak arif datang kat ibunya sambil sengih nampak gigi 8 batang & sambil memegang hanger 1...hahaha
Owh my anak soleh, u owez make my day...

Arif adalah anak yang sangat baik..
Bangun pagi xpernah nangis...senyum sokmo..
Selalunya, tiap-tiap kali bangun pagi, arif akan tengok ibunya yang selalu di sisi dan akan terus ajar arif baca doa bangun tido..
Arif ni kalo terjaga je, terus nak bangun..x pon dia duduk terus, bukan buka mata jer...

Sekarang dah pandai turun dari katil dan panjat2..
Sebab tu la bangun pagi tadi x dengar bunyi apa pon, tengok2 dah sengih2 depan ibunya..
Dah besar yer anakku...
Lepas tu, terus ajak gosok gigi..
Ajak je jom p gosok gigi, terus jalan p dekat sinki..good boy..sangat cerdik..
Pas letak je ubat gigi kat berus gigi, terus la buka mulut..

Hmmmm..sat jer dah setahun sebulan...Oh my soleh boy...
Semoga Allah sentiasa kurniakanku kesihatan yang baik, rezeki, kesabaran & kekuatan iman dalam mendidik anakku menjadi seorang ALHAFIZ!!!! Ameen...

aipppp...menguap kena tutup mulut....

Thursday, February 21, 2013

PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAKKU

Salam

Pengalaman menjadi 1st time mother adalah pengalaman yang sangat2 tidak dapat dilupakan..betul tak???
Me too..perjalanan menjadi seorang ibu, pengalaman yang sangat2 manis tau..semanis gula wokey..

Ramai ibu moden sekarang sudah terdedah tentang kebaikan penyusuan ibu kepada anak kecil dan dari survey sendiri, ramai juga kawan2 yang berhasrat untuk menyusu badan sepenuhnya kepada anak bakal lahir.Tapi yang malangnya, kurang ilmu pengetahuan bab penyusuan baby. Maklom la, excited nak tengok baby, nak beli baju apa kat baby..dok fikir nak beranak macam mana, kat hospital mana, etc...Tapi persediaan untuk penyusuan itu sendiri belum cukup lengkap. Bukan saja orang lain,me too tergolong dalam golongan ini...hahaha...

Sejak berpengalaman sikit ni, nak story la sket kejayaan exclusive breastfeeding selama 6 bulan untuk my 1st hero, Muhammad Arif Zaki.

Masa awal2 bersalin, memang susu tak keluar langsung ditambah pulak baby kuar terus masuk NICU coz separuh badan dari pinggang ke kaki macam lebam, may be sebab lemas coz ibunya less energy time nak meneran tu. Pastu pernafasan sket berbunyi, may be tertelan air ketuban kot..

So, ibunya balik umah pas bersalin tanpa baby..sedih sangat2 tau...sedara mara & jiran tetangga yang datang melawat hanya dapat melawat ibunya aje laa .

So, back to main topic...disebabkan setitik susu pon tak kuar, padahal time pregnant 5-6 bulan ada jugak keluar sket2, ibunya pon ajak ayahnya p butik anakku untuk beli manual pam.Nape tak beli electric pump??? Sebab baby kuar awal dari due date(kuar 11/2/2012-due 1/3/2012)..actually dah inform husband pon suruh beli pam katne.Time tu husband dok KKB, so suruh husband beli pam kat shah alam.Kebetulan jugak husband sokmo p shah alam.

Malam tu terus pam, guess what?? membengkak wei..sakit sngat2..so try pam n marmet. Oleh sebab tak tau cara penyimpanan yang betul, so lepas pam, buang aje la..rugi sangat2 tau...tu colestrum, the best milk for imunisasi untuk baby..lebih kurang camtu la kebaikannya.Tapi, waktu siang, pam & terus p hantar kt baby di hospital.

Kekurangan manual pam adalah:
1-Pam sebelah, sebelah lagi keluar.
2-Lenguh tangan.
3-Kena fully concern untuk mengepam je sebab kena pegang.

Lepas husband dah beli electric pump-spectra3, dunia bf ni lebih indah..kui..kui..kui..Nak tau nape??
Ni kebaikan dan kelebihan electric pump:
1-Spectra 3 ni bley double pumping. so, tak membazir la susu ibu.
2-Relax, boley je pump kat ofis sambil wat keja.
3-Tangan xlenguh nak kena pegang2.

Hadiah dari suamiku sayang

Pump ni beli secara pakej, including beg, botol2 sume dalam harga RM499 tapi tambah2 sket jadi RM5++.Xpe, husband blanja sume..hadiah katanya..Actually wifenyer yang request Spectra 3 ni. Klu ikut2, nak madela..nanti2 la pulak...nasihat saya, kalau sape2 ada budget lebih, angkut jer madela double pumping, harga RM1k++...kelebihannya, kecil dan ringan..yang lain, sama jer.

6 bulan exclusive bf, macam2 dugaan.tambah2 dari mulut orang. Kenyang ke baby tu? Nape baby nangis? xkenyang kot..walawei..senyum aje...tapi jangan sape2 memandai suap air suam or apa2 selain dari susu ibu yer...my son..i know the best for my son...

Usus baby hanya sebesar biji guli, so please don't expect my baby likewise baby yang dah setahun ok.So, pekakkan telinga kalau nak fully bf.

Letih...hmmm, sangat2 letih bila fully bf..sebab itulah dijanjikan jannah kepada ibu yang menyusukan anak selama 2tahun.Bila pam, badan rasa macam kering kontang..huhu...Cara terbaik, silalah makan dan minum air suam banyak2 yer. Sepanjang fully bf, I tak amik any kind of supplement, makan dan minum air suam banyak2 je and say no to minuman sejuk dan berais.

Rezeki di murahkan

Klu camni pump lepas direct feeding

Stock susu arif pulak...mula2 banyak stock coz lepas pantang p duduk dengan husband kt KKB selama 2 minggu, time tu baru wat stock..rugi tau xdapat wat stock banyak2 dari awal..reason, peti ais kat umah rosak kat tempat beku tu. Dinasihatkan kepada ibu2 yang berniat nak fully bf, sila wat stock banyak2 time dalam pantang dan rajin2 la bangun tengah malam untuk pam.

Lepas abeh stock, terpaksa la buat daily stock aje. 1 ari pam 3 kali.pagi2 sebelum pergi keja, kat ofis dan pas balik keja. So, cukup la untuk keperluan baby.

Paling menguji bila bf adalah kedatangan bulan ramadhan...nasib la dalam bulan ramadhan tu baby dh nak dekat 6 bulan...even target nak fully bf sampai 2 tahun.

Masuk bulan ke 6, terpaksa topup formula milk...mula2 try susu anmum..tapi tetiba baby batuk sokmo. Then, try susu S26 gold satge 2, sesuai la pulak..so, sampai sekarang la minum susu S26 gold stage 3...Walaupon dah topup dengan formula milk, tapi anakku still bf pada malam hari @ bila2 dia nak waktu ibunya ada di rumah...

Ibunya makan pil perancang noriday untuk perancangan keluarga + untuk maintain pengeluaran susu dalam badan..Nak dekat setahun jugak la tak peyed lepas amik pil secara berterusan tanpa lupa. Awal2 makan lupa jugak dan menyebabkan peyed. Bila peyed, production susu akan berkurangan.Sebab tu kena amik noriday supaya peyed tak jalan. tapi ada jugak yang jalan.

Bila peyed jalan & production pon dah berkurangan, maka sebagai langkah berjaga2, ibunya terpaksa menukar ubat yang lebih menjamin keselamatan diri...

Arini dah masuk 1 tahun 11 hari dah Muhammad Arif Zaki....
Membesar dengan jayanya anakku yang soleh ini..





Saturday, February 16, 2013

TAHUN 2013 SUDAH...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama tak update blog ni, almaklum la sibuk menguruskan family..

Tahun 2013 merupakan permulaan yang baik untuk kami 1 family...guess what???huhu...

Nanti I story semula...

Sekarang nak post 1 lawak yang ustaz Amin story tadi dalam persona de zahra, ikim.fm:

Sketsa suami isteri

Suami : Awak, ni saya nak bagitau awal-awal yer..
Kalau saya balik keja, awak tengok tie saya macam biasa (kemas macam nak pergi keja tadi) Awak boleh je nak cakap or minta apa-apa.

Kalau awak tengok tie saya sedikit longgar, awak bawakan air je kat saya dan jangan dok minta apa-apa. Itu tandanya mood saya tak berapa baik.

Kalau awak nampak saya dah tanggalkan tie, yang ni awak hantar je air kat saya dan jangan sesekali cakap apa-apa. Itu tandanya mood saya sangat-sangat tak baik..

Isteri: Ok abang. Sekarang awak dengar plak. Kalau awak balik keja, awak nampak saya cekak pinggang..saya tak peduli camna keadaan tie awak, saya akan cakap apa yang saya nak cakap...

Suami: grrrr......

Pesan ustaz: pada pendapat saya, "Pengantin Baru" tu sebenarnya sesuai digunapakai kepada pasangan yang telah berkahwin sampai 10 tahun..Pergaduhan dalam sesebuah perkahwinan adalah bertujuan mencari kesamaan sebenarnya. Kesempurnaan adalah anugerah dari Allah...

Tahun 2013...
8 February 2013 ~ Besday my husband
9 February 2013 ~ My besday..yeaayyy..
11 February 2013 ~ Besday Anakku Muhammad Arif Zaki 1 tahun...
12 February 2013 ~ 2nd Wedding Anniversary

Tarikh yang berturut-turut..
Alhamdulilah kerana dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya...
Terima Kasih Ya Allah atas kurniaanMu..




Thursday, October 11, 2012

ARIF ZAKI TURNS TO 8 MONTH

Salam...
Dengan ini, rasmilah umo arif zaki 8 bulan
Kejap je dah beso..Rasa macam baru bersalin last week aje..hahaha..tipuuu..tipuuu...

Perkembangan arif zaki sekarang..
Dah boleh berdiri sendiri..jalan belom lagi..
Tapi rasanya dalam 2 weeks lagi InsyaAllah dah boleh jalan..
Sekarang kalau  duduk pon asyik angkat badan je tonggek2..haha
Lawak tengok, tapi hepy tengok perkembangan baby yang aktif ni..
keep trying my son.

Time tido, memang tido mengiring..
kadang2 tido sambil peluk ibu..so sweet okay...
rasa sangat disayangi oleh anakku yang soleh ini...

Bila letak dalam walker, memang berlari la dia..
Cepat aje meluru ke mana2..
Klu buka pintu, lagi cepat la dia lari..
So, klu kurang pengawasan @ kurang pengawas2 dalam umah..pintu memang ditutup laa..
Sekian, wassalam...


Macam ni laa..opppss..oppsss..arif not ready la ibu.....

Wednesday, October 3, 2012

DECISION


Salam..
We refer to the topic for today..
after istiqarah...thoroughly discuss & thinking between pro & contra whether to accept or decline the offer...huhu..
Eventually I decided to stay with my current job...

Why? why? why?
Because of my family..Yes, family 1st..
Even the offer is better, but time with family is more important...

Other reason?

Yes..too far..
I dun think that I am able to wake up too early every morning and need to travel about 1 hour going there and 1 hour coming home...My husband also thinking the same..hahaha..Oh my hb, u really know me laa...

But..But..But...
After I decline this offer...
I've got 2 more offer....Alhamdulilah..
Allah knows the best for me...
Pray I'm lucky ya my frens..

Thursday, September 27, 2012

REZEKI MARI KE MARI


Alhamdulilah...Alhamdulilah..Alhamdulilah...

Rezeki muncul tanpa ku duga...
Minta2 la melekat rezeki tu..
Untung2 dapat dok sekali ngan husband..Ameen..

Benarlah....
Allah akan murahkan rezeki orang yang berkahwin...
Allah telah menetapkan rezeki untuk masing2..
mungkin ini rezeki anakku Muhammad Arif Zaki...
So, no worries...rezeki Allah ada di mana2
Alhamdulilah.....Syukur sangat2....


Monday, September 24, 2012

Better offer

Salam..

Huuuuuuu....lepas nafas, tapi xtau la nafas lega ke x..
Remember interview yang x abeh2..klu dh lupa, plizz refer this interview aritu lerr...

Dah dapat offer letter okay..date of the letter is 6 September and lapsed after 14 days from the date of the letter...

Guess what, dorang extend lagi masa untuk decide..
Even the post is just "kontrak" but I got confirmation from HR boss there that they already apply warrant from JPA. Once the warrant pass, then trus boley jadi permanent...huhuhu

Istikarah dah buat, tapi hati berbolak balik..kejap nak p, kejap x...

Ya Allah..ampunkan dosa2 ku selama ini ya Allah...
Tunjukkan jalanMu yang terbaik bagiku..
Aku berserah sepenuhnya kepadamu untuk membuka jalan dalam membuat keptusan yang besar ini kepadaMu Ya Allah..

Sedih jugak la kalau melepaskan peluang ni...
U*M pulak asyik kol, dok tanya bila nak decide...arini kol lagi...
Klu la I'm still single, of cos la i terus redah jer klu dpt better offer ni...
Tp disebabkan family 1st sekarang..banyak faktor yg kena pk..

Kemarin p round U*M..jarak dari alor setar ke situ 55.1km jer..
Tapi masa yang perlu di ambil adalah sejam okay...
P sungai petani dari alor setar dlm 70km, tp berjaya sampai less than 30minutes okay.,...
Sebab ape p u*m tu lambat nk tau?? sebab lepas je dewan wawasan tu dh banyak susur kuar n highway pon dah jadi xmcm highway dah tau...pastu banyak traffic light..
Klu highway ke sungai petani, straight ajer..
 
Ya Allah, lapangkan dadaku untuk membuat keputusan....
Pedih hati sangat nak decide..xtau la nape..(ke dh dpt jawapan xyah p??ke guane??)
May be serik kot coz pernah salah decide dulu....

Ya Allah, janganlah Engkau ulangi kesalahanku dulu.....
Tunjukkan dengan jelas jalan yang sepatutnya..

Dalam pening kepala nak decide ni, ofismate pulak bagi petua..
Katanya klu nak istikarah..sebelum tu kena solat sunat taubat dulu...
Ok, thank yer kak siti...

Sebelum ni saya istikarah je, x solat sunat taubat pon sebelum tu..
InsyaAllah mulai malam ni nak mula wat pulak..
Moga dipermudahkan segala urusan...Ameen

Wednesday, September 12, 2012

My hero turns to 7 months

Salam...

Hows ur day today...

Me? feeling so "semput" due to not yet recover from ntah ape2 fever and batuk2 but...still need to work..

MC dh 3days before, so dh tak larat nak g jumpe doc nak minta MC...

My baby arif zaki pon, demam dh ok but still batuk2 jugak..

muka khusyuk study jawi..hahaha..good boy..

Arif Zaki sekarang dah pandai sebut mamamama..babababababa..papapaapappa...

Time xsihat bagi makan ubat...pandai pulak dok sebut maumaumau..pastu tutup mulut rapat2..


Ok, dah pandai sayang ibu...ringan mulut....


Pastu murah senyumannya...


Suka sangat tengok buku or ape2 kertas....nanti jadi best student la tu...ameen

Semalam pas balik keje p beli susu S26 Promil Gold kt arif coz bekalan susu dah abeh..



susu ibunya xmampu lagi menampung keperluan arif sekarang...


Tapi cane pon, alhamdulilah sebab mampu fully breastfeeding arif selama 6 bulan...


Sekarang still bf..arif pon time ibu dia balik keje, hanya mencari susu ibu jer laa...


So, susu 1 kotak tu boleh tahan la 2 minggu lebih...Harga sekotak beli kt tesco rm55.90 klu tak salah...p beli kt kedai baby apple tu RM49.80 je..owh..murah2...tapi xnak wat stok coz takut susu tu xsesuai kt arif zaki..


Sekarang dalam proses try & error lagi tentang susu...

1st formula milk bagi arif try brand anmum..tapi xsesuai,arif batuk berkahak... so tu yang tukar S26 gold...

S26 ni pon arif batuk berkahak yang x lega2 lagi ni..tapi sekarang ni musim orang demam batuk n selsema..so, decide nak stay dlu 1 kotak lagi dengan susu tu...

Tapi sekarang bercadang2 nak topup jugak la dengan susu kambing brand karihome yang ada dijual kt farmasi dekat2 ngan ofis ni..baru survey, lom beli lagi...

Lampin pakai buang..(orang selalu panggil pampers sebab dulu brand pampers glamer)

Mula2 guna pet2 masa newborn...ok jer..

Bila masuk saiz M still guna pet2...ok lagi..pastu dh ok, saja2 nak tukar pakai diapex...owh, xsesuai..

Guna pet2 semula..tetiba celah montot arif jadi merah..owh sudah tidak sesuai..

So, tukar ler kepada mamy poko...sejak 4 bulan guna mamy poko saiz L sampai sekarang...walau harga agak meruntuhkan poket, tetapi berbaloi coz lebih tahan lama...tapi cane pon xpe, runtuh2, poket ayah dia jer..hik..hik..hik..

Last 2 weeks after p beraya umah makcik kat jitra, singgah la kedai basikal nak beli walker kat arif coz nampak tulang belakang dia dah kuat and pandai duduk and balance badan dh..




ciri2 walker yang dicari, boleh lipat wat jongkang jongket and ada lapik bawah tu...
akhirnya jumpa n dapat dengan harga RM130 jer...tapi p kedai baby apple yang selalu p tu..mak aaaii..walker yang sebijik  camtu harganya RM226.90..beza manyak wooooo....

Walau bagaimanapon, terasa hepy dapat jimatkan det husband..hihihi..sayang husband saya...

sekian cerita 7 bulan arif...

Aikk..dah abeh menaip ke ibu??




Monday, September 10, 2012

RAYA DATANG LAGI 2012

Salam


Bulan syawal lagi kan..so, kira raya lom abeh lg laa...tp nak gak update gambo2 raya....

Raya 2012 ni kira 1st time la beraya bertiga..so suweet..sama2 cuti seminggu....

Turn raya di kedah..so, raya 1st & 2nd kt kedah...petang 2nd raya plak balik perak...

Ni ler gambo2 raya family we ols...


Raya bertiga 2012
Arif Zaki dah 6 bulan

Arif with his aunty balqis
Beraya di rumah aunty shuhaida..besfren sejak sekolah rendah..


dengan aunty2 sebelah ayah
Abbas datang beraya kt umah ngan arif..tapi tdo pulak..

Wiz tok mummy arif at Open house umah pak su an n maksu mastura

Celebrate besday abah yang ke 49


Friday, August 10, 2012

AIR TANGAN IBU ARIF ZAKI

Salam

Bulan pose ni mesti ramai dok terfikir2 nak masak ape tiap2 hari untuk berbuka..
Me?? hohoho..untung stay ngan family, so mama masak sume..

Tapi ada jugak la hari2 tertentu teringin nak masak..
Setakat bulan pose ni, sempat la masak 2 menu..
Tomyam & Spaghetti...
 
Tomyam slalunya akan dimasak tanpa memasukkan perencah tomyam...
Resepi di amik dari mak kawan, orang kelantan...tomyam putih laa...

Spaghetti 1st time masak coz teringin..resipi amik dari blog nani rostam. suka tengok resipi yang dia masak dalam blog dia..nampak menarik walaupon masakan tu simple jer..so far, adik cakap sedap spaghetti kakak dia masak..hihi (sket terasa kembang wokey...)

Kebetulan semalam hb pon balik, dapat jugak la dia merasa..abeh licin kuahnyer..
Bila masakan abeh licin dimakan, terasa bersemangat jugak la nak rajin2 masuk dapur...
Skill memasak tu dah ada, tapi kerajinan tu kurang + xda dapur sendiri....

Nanti dh ada rumah sendiri, InsyaAllah dapur akan sentiasa berasap hasil air tangan ibu arif ni..
~Wassalam~

Thursday, August 9, 2012

CERITA RAMADHAN

Salam
Masih bertemu dalam bulan Ramadhan..bulan yang barakah ini..
Saja je nak bercerita perkara2 yang berlaku sekitar ramadhan...

Ramadhan kali ni,adalah ramadhan ke-2 selepas bergelar isteri kepada incik Sulaiman..
First time ramadhan sebagai ibu arif zaki...
Kali ke 2 ramadhan sebagai pekerja...

1st ramadhan last year,bersamaan 1st August 2011, adalah hari pertama incik Sulaiman bertukar tempat kerja dari kedah ke Selangor..so, xdpt la sambut 1st ramadhan dengan husband..sedey tau..

Tapi this year, husband balik sambut 1st ramadhan bersama...so suweet...hahaha...
Selama sebulan ramadhan, husband pulak kena kursus sebulan, so no worry about makan husband kat sana, semua dijaga oleh tukang masak kepada penoreh2 getah yang sedang berkursus wokey..

Then, pasal persiapan raya pulak...
Baju beli sendiri dh 2 pasang..1 dah siap..1 lagi mungkin jugak dah siap, tapi x amik pon lagi..
Husband nak belikan sepasang, tapi macam xnak jer coz setakat p usha2 baju raya, tengok macam semua sama jer dan xde pon yang berkenan...So, boleh masuk poket yer duit untuk beli baju raya tu..(owh, untung husband dapat wife yang dah pandai jimat..hahaha)
Fesyen baju raya tahun ni rata2 tengok baju kain cotton yang banyak kerawang dan banyak manik tuu..

Arif Zaki cayang ibu
 Baju Arif Zaki, beli 2 pasang je setakat ni dekat Anakku..kat situ jer baju baby yang suuweet2 untuk baby boy yang ibu arif berkenan..InsyaAllah akan ditambah lagi beberapa pasang..Almaklom laaa..1st time Arif Zaki beraya..

Hb & wf yang hepy sokmo
 
Ayah arif? minggu ni baru nak shopping untuk ayah arif baju melayu yang sedondon dengan ibu arif dan arif zaki...warnanya???rahsia...

Sempena bulan ramadhan jugak..roadtax & insurance keta ku akan tamat tempoh pada 27 Ogos ni..so, husband tolong p bayar & sume dah settle...

This week, kena servis keta pulak la coz masanya dah tiba...
Ni servis kali ke 4, so no more free labor charge..so, kena charge la nanti..
Tapi nak jugak servis kt proton tu sebab banyak dok baca forum & blog2, bahaya sket servis kat kedai2 biasa ni takut kena tipu...Ada yang guna minyak recycle laa..so, boleh menyebabkan enjin cepat rosak..
tambah2 pompuan ni bukan reti sangat pon pasal2 keta, so untuk tidak semakkan kepala otak fikir benda tak patut, dh decide untuk servis kat proton ajer...

Test2
Tengah servis

Sekian Untuk post ramadhan kali ini..
Salam Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum2 ni yer..



Friday, August 3, 2012

SALAM RAMADHAN

Salam

Sempena bulan ramadhan, ni la baru rajin nak update blog yang dah berhabuk ni...fuhhh..fuhhh..(hembus habuk..huhu)

Tahu kan anda orang selalu dok cakap rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara...?? Sekarang baru rasa sangat2 yang memang patut hargai peluang yang ada..Antaranya, waktu lapang sebelum sempit..lebih kurang waktu banyak masa terluang sebelum busy dikemudian hari laaa...

Bila dah ada baby ni, baru terasa sangat2..tambah2 keja pulak tu...
Balik keje kul5.30 petang time bulan pose, kat umah jer dok sibuk layan my hero tu..time tu la dia nak ibu dia..even baru je minum EBM, tapi nak juga direct feed dari ibunya ni..so, layan aje...Nasib la duduk sekali ngan family, so memang mama la yang masak..

Arif Zaki 5 bulan..so boolat cayang ibu ni...
Time berbuka, memang tak tido my hero ni even dah kenyang.Dia pon nak join berbuka jugak..Nak bagi diam, bagi la kertas apa2. Arif zaki ni suka sangat bahan2 bacaan.Kalau orang lain tengah baca apa2, sibuk je dia pon nak jugak tau.Bila dia dah boring, mula la menjerit2 minta di dukung. Apa-apa pon, memang syok layan my hero ni.Sangatlah aktif..Al-maklom la baby boy..

Lepas berbuka je, dia nak ibu dia df lagi..so, layan la lagi..tapi xnak tido jugak. Nak solat, kena amik turn bergilir2 ngan makcik or ma tok dia. Nak solat terawih pulak, memang xdapat la setakat ni. Sekejap2 arif nak ibu dia..Hope next year dapat la p solat terawih jika dipanjangkan usia. Nak baca quran pon kadang2 tak sempat tau lepas solat maghrib tu..

Tulaa...time study dulu malam2 xrajin sangat p terawih...tapi p jugak la kn..time ada test aje ponteng terawih + kadang2 datang sifat malas tak p jugak laa..Maka, kira rugilah jugak x rebut salah 1 daripada 5 perkara tersebut. So, hargailah masa yang terluang dengan perkara berfaedah..

Sekian...selamat menunaikan ibadah puasa yer...
Salam Ramadhan..



Thursday, June 28, 2012

PENGURUSAN KEWANGAN..ENCIK HUSBAND SURUH BACA BETUL2..KUI..KUI..KUI..

Kita sekarang sudah berada di akhir pertengahan tahun 2012. Ini bermakna kita sudah berada separuh tahun bagi tahun ini. Bagi sesebuah organisasi, ia akan membuat review perbelanjaan dan juga sasaran baru bagi mengenal pasti sekiranya ada kekurangan bagi kedua-dua perkara ini. Yang terlebih akan dikurangkan, dan yang kurang akan ditambahkan. Ini adalah untuk memastikan perbelanjaan akan terus realistik bersesuaian dengan keadaan semasa. Begitulah juga dengan belanja diri kita sendiri. Kita perlu memeriksa perbelanjaan kita sama ada ia mempunyai kekurangan atau tidak.

Berapakah jumlah hutang kita sehingga pertengahan tahun ini yang sudah dilunaskan? Adakah ia semakin bertambah ataupun berkurang? Jika berkurang, berapakah jumlah hutang yang dikurangkan? Sekiranya kita membuat hutang, adakah ia merupakan hutang perlu atau tidak perlu?

Pengalaman merupakan guru terbaik bagi seseorang. Sejak tahun 2010, saya mula belajar mengenai ilmu pengurusan kewangan setelah mula berjinak-jinak dengan hutang. Ketika itu, saya baru sedar bahawa duit simpanan saya ‘entah ke mana’ dan hutang pun masih banyak setelah 2 tahun bekerja. Setelah berusaha bersungguh-sungguh membaiki pengurusan kewangan saya, sedar tak sedar saya telah berjaya mengurangkan hutang saya sebanyak RM20,000 sehingga Jun 2012 sejak awal tahun 2010. Bagi saya, pencapaian ini boleh dibanggakan walaupun ia tidak membanggakan. Apa yang menarik lagi bagi saya ialah simpanan saya mula bertambah dari bulan ke bulan sekarang. Saya berjaya mengubah minda saya bahawa seseorang itu akan banyak duit bukan kerana dia bergaji besar atau mempunyai side income yang besar atau membuat tuntutan yang tinggi dengan syarikat setiap bulan tetapi seseorang itu akan banyak duit kerana pandai menguruskan duitnya. Saya juga berjaya melanjutkan pelajaran saya dengan menggunakan wang tunai sendiri tanpa meminta pinjaman-pinjaman lain atau menggunakan wang simpanan KSWP saya.

Sewaktu sarapan pagi semalam, saya bersembang mengenai pinjaman PTPTN bersama-sama rakan saya yang mengambil pinjaman tersebut semasa belajar di universiti. Di antara kami ada yang mengatakan dia membayar setiap bulan dan ada yang tidak membayar hutang. Rupa-rupanya ada yang tidak membayar hutang ini merupakan individu yang masih mengharapkan janji bulan dan bintang pihak pembangkang untuk menghapuskan pinjaman ini sekiranya mereka menang dalam PRU-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat. Saya sudah menyebutkan janji bulan dan bintang pihak pembangkang dalam artikel sebelum ini bahawa mereka tidak mempunyai hujah yang kuat untuk melaksanakan janji tersebut (Klik di Sini). Hutang tetap hutang. Anda perlu membayarnya dan anda tidak boleh mengelak untuk membayarnya. Jika anda cuba lari membayar hutang, ia tetap akan datang juga. Oleh itu, cuba selesaikan hutang anda walaupun secara cepat ataupun lambat. Hutang akan terus membelenggu diri anda sekiranya anda tidak cuba melawannya.

Buat jangkaan bilakah hutang anda selesai sekiranya masih membayar secara bulanan sekarang. Anda boleh menyelesaikan hutang anda yang ada sekarang secara cepat atau lambat. Adalah mustahil untuk anda menyelesaikan hutang berjumlah RM30,000 dalam masa satu bulan sekiranya anda berpendapatan RM3,000 sebulan. Sekiranya anda membayar RM500 sebulan, ia akan diselesaikan dalam masa 5 tahun dan habis dibayar pada tahun 2017 mulai sekarang. Sekiranya anda membayar RM300 sebulan, ia akan diselesaikan dalam masa 8 tahun lebih dan habis dibayar pada tahun 2021 mulai sekarang. Inilah yang dimaksudkan membayar hutang secara cepat atau lambat. Anda boleh mempercepatkan pembayaran hutang-hutang anda dengan menambah bayaran ansuran bulanan sekiranya pendapatan anda bertambah pada masa hadapan. Seterusnya, anda boleh membuat jangkaan yang baru bilakah hutang akan selesai dan ia akan habis dibayar dari tempoh sepatutnya. Ini sudah tentu dapat mempercepatkan diri anda mencapai kebebasan kewangan.

Kita sebagai pekerja awam atau swasta sudah tentu mendapat kenaikan gaji baru-baru ini. Mungkin antara kita mendapat kenaikan RM200 – RM300. Walaupun sedikit mungkin tidak sebanyak bonus tahunan kita, sekiranya kita pandai mengira dari awal tahun mula kenaikan sehingga kita bersara, nilainya menjadi puluhan ribu ringgit. Contohnya kita akan bersara 25 tahun lagi dari sekarang mulai tahun 2012. Sekiranya kenaikan kita adalah RM200, maka ia akan berjumlah RM60,000 dalam masa 25 tahun akan datang (RM200 x 12 bulan x 25 tahun). Dengan menggunakan Prinsip Sendal Baji seperti mana yang saya terangkan sebelum ini (Klik di Sini) iaitu menyimpan separuh daripada kenaikan gaji kita (RM100 daripada RM200), jumlah simpanan kita akan menjadi RM30,000 dalam masa 25 tahun akan datang (RM100 x 12 bulan x 25 tahun). Ini belum mengambil kira kenaikan kita pada tahun-tahun akan datang. Ini sudah tentu menyebabkan simpanan kita menjadi ratusan ribu atau jutaan ringgit setelah kita bersara kelak. Benar bukan?

Simpanan ini perlulah dibuat dengan potongan gaji ke dalam simpanan atau pelaburan instrumen kewangan yang lain seperti Koperasi, ASNB, Tabung Haji atau tempat pelaburan yang lain di mana kita tidak dapat mengambil duit tersebut. Ini kerana duit di depan mata kita tidak akan dapat disimpan.

Setakat ini dulu penulisan saya pada kali ini. Apa yang penting ialah kita pandai menguruskan kewangan kita untuk mengurangkan hutang kita dan seterusnya menambah simpanan kita. Apa yang lebih penting kita perlu memastikan mutu kesihatan kewangan sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa semoga kita tergolong orang yang mendapat sentiasa mendapat ketenangan dan kebahagiaan. Bak kata Saidina Ali Abi Talib, “Sekiranya hari ini lebih baik daripada semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya hari ini sama dengan hari semalam, maka sia-sialah orang itu. Sekiranya hari ini lebih buruk daripada semalam, maka celakah orang itu.”

Sekian, terima kasih.
 
 
HAAA..TENGOK PIC TU, NAMPAK BOTOL2 AIR MINERAL HUSBAND..KUMPUL2 KLU JUAL TAK KE UNTUNG ENCIK HUSBAND YER.. TAMBAH PENDAPATAN KELUARGA..HIHIHI
 

source:: http://wankamarul701.blogspot.com

Monday, June 25, 2012

Mendidik Isteri Cara Rasulullah S.A.W

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.

Firman Allah SWT:

“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.

Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”

Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.

Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.

Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

 source:  http://myibrah.com

Saturday, June 23, 2012

BAWA ARIF JALAN-JALAN TENGOK DUNIA

SALAM..
Oleh sebab tak busy arini..
Dengan rajinnya ibu arif akan mengupload gambar2 bawa arif jalan2...
Actually time pregnant, ibu arif suka datang sini bagi ikan makan dalam tasik tu...
Tenang tengok tasik ni & kehijauan taman ni..


ANAK IBUU....

ANAK AYAH....

ANAK AYAH LAGI...

ANAK AYAH & IBU...

MA TOK & MAK CIK ARIF...

ANAK IBUUU....

ARIF KEJAR KUDA

KUDAMU LARI GAGAH BERANI