Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

TIPS KURUS LEPAS BERSALIN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Excited kan baca topik kali ni.Ramai ibu-ibu di luar sana mencari-cari tips macam mana nak kembali ke bentuk asal lepas bersalin. Tipu la kalau boleh kembali ke bentuk asal 100% .sekurang-kurangnya 89% bentuk asal, dengan izin Allah, mesti boleh punya..cayalah...

Kenapa tetiba terbuka hati buka topik ni? hmmm...sebab ramai sangat tanya, kenapa makin kurus lepas bersalin????...waaa, dah kawen ke??? ingatkan belum kawen lagi..dah ada anak??? laa....ingatkan belum kawen lagi...jalan dengan suami jer, kadang-kadang pon orang pandang pelik jer..sebab macam tak kawen lagi ke??hahaha..ye la, my husband pon boleh dikatakan agak maintain la walaupon sedikit berisi dari sebelum kawen coz rajin exercise. Dia suka jogging & main badminton. Tak kurang jugak, ada yang tanya, awat makin kurus ni??? hang sakit ka??? pulakkk....

Sebab risau okay, bukan syok sangat semakin kurus sampai...seriously semua pakaian longgar..terus beli voucher screening test & buat test dekat Pathlab. Arwah tok (passed away on 21/3/2014-Friday sayyidul ayyam-Alfatihah), asal p umah dia jer asyik suruh p jumpa doktor.."hang p tanya doktor, hang sakit apa sampai kurus sangat aku tengok, sampai isi takdak..tulang jer banyak.." hahaha..sebab tok selalu tegur jugak la aku bersemangat p wat lab test tu. Result???? Alhamdulilah, result cantik..no problem.

Ramai minta tips...nak kata makan ubat kurus, tak jugak...actually tak makan apa-apa ubat selain ubat lepas bersalin. Lepas bersalin dulu consume ubat lepas bersalin amway. Itu pon amik ubat tu lepas abeh pantang coz Arif kena prolong jaundice.

Faktor pemakanan- Mungkin faktor ni yang membantu badan lebih kurus daripada sebelum bersalin. Sebelum pregnant, normal weight dalam 55-57kg. Time pregnant 76kg dan sekarang 51-52kg dengan ketinggian 165cm.

Pantang lepas bersalin - memang kena pantang betul-betul la. Tak boleh banyak bergerak sangat, yang paling penting jugak, memang wajib kena pantang apa yang patut pantang especially makanan "sejuk dan berangin". Air??? orang tua2 pesan tak boleh minum air lebih dari segelas setiap kali minum, tapi tu petua orang dolu2. Orang dalam pantang menyusu badan, kena la minum air suam banyak. Dahaga sangat tau setiap kali menyusu baby. Kena minum air suam banyak-banyak. Dalam pantang hanya boleh minum air milo cair-cair jer coz baby kembung kalau bancuh macam biasa & kalau minum horlicks pon baby kembung jugak. Cian baby dok menangis kalau kembung. So, elakkan la klu boleh elak.Setiap orang lain, ada yang tak kembung, ikut kesesuaian badan masing-masing jugak la.

Bertungku- wajib!!!!! Tapi pemalas nak bertungku sebab tungku berat...hahaha..lenguh tangan. Sehari 2x jer, pagi dan sebelum maghrib sampai malam. Tu pon mama dok bising sebab malas tungku. Sekali kalau tok datang umah, amik la..menjerit2 tok paksa tungku dan tekan tempat yang betul. Banyak darah keluar, pastu tok dok bising la tungku tak betul, pemalas nak tungku, darah kotor tak keluar abeh lagi..bla..bla..hahaha. Stokin wajib pakai tau.

Urut- hahahaha, yang ni memang wajib!!!! Hampir 30 kali or maybe lebih pergi berurut lebih kurang 5 orang bidan. Mungkin faktor ni jugak penyumbang terbesar kekurusan serta  membantu perjalanan darah dan keselesaan badan. So, selalulah pergi berurut yer.

Cara pemakanan- Bila berpantang, haruslah pantang. tapi bila dah abeh pantang, p makan ABC dengan mama kat tesco..hahahah..sambil janji dnegan mama, kakak makan sket jer nak lepas gian rindu ais..ok, so rasa la sikit jer. Then memang giler2 kawal nafsu tak sentuh air sejuk/berais langsung selama 6 bulan berturut-turut without failure..hahaha...tahan jer bila tengok orang minum, but actually terliur weiii...Nak maintain punya pasal. Effect, sekarang memang lebih suka minum air suam berbanding air sejuk.

Makan 3 kali sehari- Rutin, memang ngam2 makan 3x jer. breakfast jangan tinggal, lunch kadang2 makan macam raksasa (selalunya makan nasi.klu makan selain nasi, pukul3 dah lapar semula), petang lepas balik keja pon makan nasi. Memang jarang sangat2 makan makanan sampingan selain coklat. Sebab tu marah bila timbul isu cadbury tu..sebab choc pebretttt tuuuu...Kalau kat opis, bila agreement berlonggok nak kena setel, memang cepat lapar. Selalu ngadu lapar kat opismate time keja banyak, for sure dia akan cakap..waaa, bagus la you, metabolisme you tinggi tau..kalau la i macam you kan syok...hahahaha..pulakkkk...lapar la weiii...Kalau makan pulak, makanan tu wajib panas, tak suka makan makanan yang sejuk. Even mama baru masak 1/2 jam, akanku panaskan semula makanan tu yer...harap maklom..hihi

Supplement aka makanan tambahan- Memang sepanjang 2 tahun umur arif, langsung tak amik apa2. Cuma sekarang jer amik sket supplement. Nak tau produk apa??? tungguuuu....next post okay..kita review pasal produk jer.

Exercise- memang tak sempat. bayangkan dulu time study aktif giler. Abeh class kul4, terus siap2 p naik bas p training kayak, hoki, futsal...but now, terus stop exercise macam tu jer. body pon tak la fit macam dulu sebab makin kering, tapi still fit okay..hahaha..exercise sekarang, kejar arif, sapu sampah, lipat baju, mop lantai..bla..bla..bla....pendek kata, selain dari exercise dengan kejar arif kat shopping complex or taman mainan/rekreasi, confirm exercise di rumah jer..laju tau arif lari..tak terkejar ibunya...bagus2, anak yang aktif. Eh, lupa pulak. ada 1 lagi exercise harian, naik turun tangga tingkat 3 kat ofis...hehe

Conclusion - elakkan minum minuman sejuk/berais, minum air suam jer banyak2, exercise sikit2 jer, jangan terover...ekekeke..kang kurus sangat ler pulokk..

Thursday, September 27, 2012

REZEKI MARI KE MARI


Alhamdulilah...Alhamdulilah..Alhamdulilah...

Rezeki muncul tanpa ku duga...
Minta2 la melekat rezeki tu..
Untung2 dapat dok sekali ngan husband..Ameen..

Benarlah....
Allah akan murahkan rezeki orang yang berkahwin...
Allah telah menetapkan rezeki untuk masing2..
mungkin ini rezeki anakku Muhammad Arif Zaki...
So, no worries...rezeki Allah ada di mana2
Alhamdulilah.....Syukur sangat2....


Monday, September 10, 2012

RAYA DATANG LAGI 2012

Salam


Bulan syawal lagi kan..so, kira raya lom abeh lg laa...tp nak gak update gambo2 raya....

Raya 2012 ni kira 1st time la beraya bertiga..so suweet..sama2 cuti seminggu....

Turn raya di kedah..so, raya 1st & 2nd kt kedah...petang 2nd raya plak balik perak...

Ni ler gambo2 raya family we ols...


Raya bertiga 2012
Arif Zaki dah 6 bulan

Arif with his aunty balqis
Beraya di rumah aunty shuhaida..besfren sejak sekolah rendah..


dengan aunty2 sebelah ayah
Abbas datang beraya kt umah ngan arif..tapi tdo pulak..

Wiz tok mummy arif at Open house umah pak su an n maksu mastura

Celebrate besday abah yang ke 49


Friday, August 10, 2012

AIR TANGAN IBU ARIF ZAKI

Salam

Bulan pose ni mesti ramai dok terfikir2 nak masak ape tiap2 hari untuk berbuka..
Me?? hohoho..untung stay ngan family, so mama masak sume..

Tapi ada jugak la hari2 tertentu teringin nak masak..
Setakat bulan pose ni, sempat la masak 2 menu..
Tomyam & Spaghetti...
 
Tomyam slalunya akan dimasak tanpa memasukkan perencah tomyam...
Resepi di amik dari mak kawan, orang kelantan...tomyam putih laa...

Spaghetti 1st time masak coz teringin..resipi amik dari blog nani rostam. suka tengok resipi yang dia masak dalam blog dia..nampak menarik walaupon masakan tu simple jer..so far, adik cakap sedap spaghetti kakak dia masak..hihi (sket terasa kembang wokey...)

Kebetulan semalam hb pon balik, dapat jugak la dia merasa..abeh licin kuahnyer..
Bila masakan abeh licin dimakan, terasa bersemangat jugak la nak rajin2 masuk dapur...
Skill memasak tu dah ada, tapi kerajinan tu kurang + xda dapur sendiri....

Nanti dh ada rumah sendiri, InsyaAllah dapur akan sentiasa berasap hasil air tangan ibu arif ni..
~Wassalam~

Friday, August 3, 2012

SALAM RAMADHAN

Salam

Sempena bulan ramadhan, ni la baru rajin nak update blog yang dah berhabuk ni...fuhhh..fuhhh..(hembus habuk..huhu)

Tahu kan anda orang selalu dok cakap rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara...?? Sekarang baru rasa sangat2 yang memang patut hargai peluang yang ada..Antaranya, waktu lapang sebelum sempit..lebih kurang waktu banyak masa terluang sebelum busy dikemudian hari laaa...

Bila dah ada baby ni, baru terasa sangat2..tambah2 keja pulak tu...
Balik keje kul5.30 petang time bulan pose, kat umah jer dok sibuk layan my hero tu..time tu la dia nak ibu dia..even baru je minum EBM, tapi nak juga direct feed dari ibunya ni..so, layan aje...Nasib la duduk sekali ngan family, so memang mama la yang masak..

Arif Zaki 5 bulan..so boolat cayang ibu ni...
Time berbuka, memang tak tido my hero ni even dah kenyang.Dia pon nak join berbuka jugak..Nak bagi diam, bagi la kertas apa2. Arif zaki ni suka sangat bahan2 bacaan.Kalau orang lain tengah baca apa2, sibuk je dia pon nak jugak tau.Bila dia dah boring, mula la menjerit2 minta di dukung. Apa-apa pon, memang syok layan my hero ni.Sangatlah aktif..Al-maklom la baby boy..

Lepas berbuka je, dia nak ibu dia df lagi..so, layan la lagi..tapi xnak tido jugak. Nak solat, kena amik turn bergilir2 ngan makcik or ma tok dia. Nak solat terawih pulak, memang xdapat la setakat ni. Sekejap2 arif nak ibu dia..Hope next year dapat la p solat terawih jika dipanjangkan usia. Nak baca quran pon kadang2 tak sempat tau lepas solat maghrib tu..

Tulaa...time study dulu malam2 xrajin sangat p terawih...tapi p jugak la kn..time ada test aje ponteng terawih + kadang2 datang sifat malas tak p jugak laa..Maka, kira rugilah jugak x rebut salah 1 daripada 5 perkara tersebut. So, hargailah masa yang terluang dengan perkara berfaedah..

Sekian...selamat menunaikan ibadah puasa yer...
Salam Ramadhan..



Thursday, June 28, 2012

PENGURUSAN KEWANGAN..ENCIK HUSBAND SURUH BACA BETUL2..KUI..KUI..KUI..

Kita sekarang sudah berada di akhir pertengahan tahun 2012. Ini bermakna kita sudah berada separuh tahun bagi tahun ini. Bagi sesebuah organisasi, ia akan membuat review perbelanjaan dan juga sasaran baru bagi mengenal pasti sekiranya ada kekurangan bagi kedua-dua perkara ini. Yang terlebih akan dikurangkan, dan yang kurang akan ditambahkan. Ini adalah untuk memastikan perbelanjaan akan terus realistik bersesuaian dengan keadaan semasa. Begitulah juga dengan belanja diri kita sendiri. Kita perlu memeriksa perbelanjaan kita sama ada ia mempunyai kekurangan atau tidak.

Berapakah jumlah hutang kita sehingga pertengahan tahun ini yang sudah dilunaskan? Adakah ia semakin bertambah ataupun berkurang? Jika berkurang, berapakah jumlah hutang yang dikurangkan? Sekiranya kita membuat hutang, adakah ia merupakan hutang perlu atau tidak perlu?

Pengalaman merupakan guru terbaik bagi seseorang. Sejak tahun 2010, saya mula belajar mengenai ilmu pengurusan kewangan setelah mula berjinak-jinak dengan hutang. Ketika itu, saya baru sedar bahawa duit simpanan saya ‘entah ke mana’ dan hutang pun masih banyak setelah 2 tahun bekerja. Setelah berusaha bersungguh-sungguh membaiki pengurusan kewangan saya, sedar tak sedar saya telah berjaya mengurangkan hutang saya sebanyak RM20,000 sehingga Jun 2012 sejak awal tahun 2010. Bagi saya, pencapaian ini boleh dibanggakan walaupun ia tidak membanggakan. Apa yang menarik lagi bagi saya ialah simpanan saya mula bertambah dari bulan ke bulan sekarang. Saya berjaya mengubah minda saya bahawa seseorang itu akan banyak duit bukan kerana dia bergaji besar atau mempunyai side income yang besar atau membuat tuntutan yang tinggi dengan syarikat setiap bulan tetapi seseorang itu akan banyak duit kerana pandai menguruskan duitnya. Saya juga berjaya melanjutkan pelajaran saya dengan menggunakan wang tunai sendiri tanpa meminta pinjaman-pinjaman lain atau menggunakan wang simpanan KSWP saya.

Sewaktu sarapan pagi semalam, saya bersembang mengenai pinjaman PTPTN bersama-sama rakan saya yang mengambil pinjaman tersebut semasa belajar di universiti. Di antara kami ada yang mengatakan dia membayar setiap bulan dan ada yang tidak membayar hutang. Rupa-rupanya ada yang tidak membayar hutang ini merupakan individu yang masih mengharapkan janji bulan dan bintang pihak pembangkang untuk menghapuskan pinjaman ini sekiranya mereka menang dalam PRU-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat. Saya sudah menyebutkan janji bulan dan bintang pihak pembangkang dalam artikel sebelum ini bahawa mereka tidak mempunyai hujah yang kuat untuk melaksanakan janji tersebut (Klik di Sini). Hutang tetap hutang. Anda perlu membayarnya dan anda tidak boleh mengelak untuk membayarnya. Jika anda cuba lari membayar hutang, ia tetap akan datang juga. Oleh itu, cuba selesaikan hutang anda walaupun secara cepat ataupun lambat. Hutang akan terus membelenggu diri anda sekiranya anda tidak cuba melawannya.

Buat jangkaan bilakah hutang anda selesai sekiranya masih membayar secara bulanan sekarang. Anda boleh menyelesaikan hutang anda yang ada sekarang secara cepat atau lambat. Adalah mustahil untuk anda menyelesaikan hutang berjumlah RM30,000 dalam masa satu bulan sekiranya anda berpendapatan RM3,000 sebulan. Sekiranya anda membayar RM500 sebulan, ia akan diselesaikan dalam masa 5 tahun dan habis dibayar pada tahun 2017 mulai sekarang. Sekiranya anda membayar RM300 sebulan, ia akan diselesaikan dalam masa 8 tahun lebih dan habis dibayar pada tahun 2021 mulai sekarang. Inilah yang dimaksudkan membayar hutang secara cepat atau lambat. Anda boleh mempercepatkan pembayaran hutang-hutang anda dengan menambah bayaran ansuran bulanan sekiranya pendapatan anda bertambah pada masa hadapan. Seterusnya, anda boleh membuat jangkaan yang baru bilakah hutang akan selesai dan ia akan habis dibayar dari tempoh sepatutnya. Ini sudah tentu dapat mempercepatkan diri anda mencapai kebebasan kewangan.

Kita sebagai pekerja awam atau swasta sudah tentu mendapat kenaikan gaji baru-baru ini. Mungkin antara kita mendapat kenaikan RM200 – RM300. Walaupun sedikit mungkin tidak sebanyak bonus tahunan kita, sekiranya kita pandai mengira dari awal tahun mula kenaikan sehingga kita bersara, nilainya menjadi puluhan ribu ringgit. Contohnya kita akan bersara 25 tahun lagi dari sekarang mulai tahun 2012. Sekiranya kenaikan kita adalah RM200, maka ia akan berjumlah RM60,000 dalam masa 25 tahun akan datang (RM200 x 12 bulan x 25 tahun). Dengan menggunakan Prinsip Sendal Baji seperti mana yang saya terangkan sebelum ini (Klik di Sini) iaitu menyimpan separuh daripada kenaikan gaji kita (RM100 daripada RM200), jumlah simpanan kita akan menjadi RM30,000 dalam masa 25 tahun akan datang (RM100 x 12 bulan x 25 tahun). Ini belum mengambil kira kenaikan kita pada tahun-tahun akan datang. Ini sudah tentu menyebabkan simpanan kita menjadi ratusan ribu atau jutaan ringgit setelah kita bersara kelak. Benar bukan?

Simpanan ini perlulah dibuat dengan potongan gaji ke dalam simpanan atau pelaburan instrumen kewangan yang lain seperti Koperasi, ASNB, Tabung Haji atau tempat pelaburan yang lain di mana kita tidak dapat mengambil duit tersebut. Ini kerana duit di depan mata kita tidak akan dapat disimpan.

Setakat ini dulu penulisan saya pada kali ini. Apa yang penting ialah kita pandai menguruskan kewangan kita untuk mengurangkan hutang kita dan seterusnya menambah simpanan kita. Apa yang lebih penting kita perlu memastikan mutu kesihatan kewangan sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa semoga kita tergolong orang yang mendapat sentiasa mendapat ketenangan dan kebahagiaan. Bak kata Saidina Ali Abi Talib, “Sekiranya hari ini lebih baik daripada semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya hari ini sama dengan hari semalam, maka sia-sialah orang itu. Sekiranya hari ini lebih buruk daripada semalam, maka celakah orang itu.”

Sekian, terima kasih.
 
 
HAAA..TENGOK PIC TU, NAMPAK BOTOL2 AIR MINERAL HUSBAND..KUMPUL2 KLU JUAL TAK KE UNTUNG ENCIK HUSBAND YER.. TAMBAH PENDAPATAN KELUARGA..HIHIHI
 

source:: http://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, June 23, 2012

BAWA ARIF JALAN-JALAN TENGOK DUNIA

SALAM..
Oleh sebab tak busy arini..
Dengan rajinnya ibu arif akan mengupload gambar2 bawa arif jalan2...
Actually time pregnant, ibu arif suka datang sini bagi ikan makan dalam tasik tu...
Tenang tengok tasik ni & kehijauan taman ni..


ANAK IBUU....

ANAK AYAH....

ANAK AYAH LAGI...

ANAK AYAH & IBU...

MA TOK & MAK CIK ARIF...

ANAK IBUUU....

ARIF KEJAR KUDA

KUDAMU LARI GAGAH BERANI

Wednesday, June 13, 2012

INTRODUCING LITTLE KHALIF @ MY HERO

Salam

Saja rajin nak post gambo my hero..

Nama: Muhammad Arif zaki Bin Sulaiman.

D.O.B: 11 February 2012

Arif berusaha gigih nak angkat kepala time meniarap

Ibu..Arif want this chair...

Arif like this mat
Syukur, dah 4 bulan arif bersama ibu di dunia ni & 9 bulan bersama-sama dalam perut ibu..ohh, rindunya saat arif dok gerak2 dalam perut ni..

Macam mana aktifnya arif bermula 4 bulan sampai hari nak beranakkan arif dalam perut ibunya, camtu jugak la aktifnya arif di luar perut ibunya..Bayangkan, lepas je kuar perut dh pandai angkat kepala dah..alhamdulilah, tulangnya keras, maybe hasil daripada minyak zaitun yang diamalkan ibu arif semasa pregnant...nurse pon ada inform yang minyak zaitun dapat kuatkan tulang baby..apa pun, semua datangnya dari Allah, ibu arif hanya berusaha..

Selama 4 Bulan hidup di dunia, maka sudah 4 bulan la arif mendapat susu ibu sepenuhnya. 
Alhamdulilah, selepas kuning lepas lahir & selama 4 bulan ni arif tak pernah demam or sakit apa2..berkat susu ibu kot..hihi..alhamdulilah lagi..InsyaAllah, target pertama penyusuan secara eksklusif (EBF) akan tercapai dan seterusnya sampai 2 tahun..Minum susu ibu, arif jadi sihat dan beriman...ameen..

Nape nama Muhammad Arif Zaki ???

Sebenarnya nama ini hasil daripada combination nama himpunan yang dihimpun ibu arif sejak zaman persekolahan lagi sekiranya ibu arif mempunyai anak suatu hari nanti...
Maksud Muhammad = Nama Rasulullah SAW
Maksud Arif = Yang berpengetahuan
Maksud Zaki = Yang cerdik/bijaksana

Conclusion Nama :  
(1) Semoga anak ibu mencontohi sifat Rasulullah...
(2) Semoga anak ibu menjadi seorang yang berpengetahuan luas esp hal berkaitan keagamaan & lain2 yang boleh memberi sumbangan kepada agama, masyarakat, keluarga & didi sendiri & supaya anak ibu menjauhi perbuatan lagha..
(3) Bila anak ibu berpengetahuan, sudah tentulah anak ibu ini seorang yang cerdik/bijaksana..pandai mengaplikasi ilmu2 yang ada pada dirinya..

Dari mana ibu arif berkenan nama ni???
Arif = hihi...ibu arif jumpa ramai lawyer nama arif ...actually ibu macam nak arif jadi lawyer & ada firm sendiri..tapi ikut arif la minat or cenderung ke bidang mana pun kan nanti..asalkan pekerjaan halalan wa toyyiban..tapi ibu arif lebih suka arif establish arif own empire..ibu xsuka arif makan gaji jer..

Zaki = Dulu time sekolah, ada sorang junior ibu arif nama zaki...memang pandai budak tu & best student batch dia...semoga arif pon akan jadi best student jugak suatu hari nanti..ameen..

Semoga doa  (muhammad arif zaki) setiap kali memanggil nama anakku menjadi kenyataan..ameen

Harapan: Semoga anak ibu menjadi seorang anak yang soleh,kuat daya ingatan dn hafalannya, pemimpin yang baik, hafiz yang ibu kagumi.. ibu sayang arif....
                          

Tuesday, May 22, 2012

SEMOGA ANAKKU MUDAH BERCAKAP

Panduan dan Tip mungkin boleh di amalkan bagi membantu anak-anak anda mudah bercakap
  1. Doa pada Allah selepas Sembahyang, agar anak-anak anda mudah bercakap dan jadi anak soleh dan solehah. 
  2. Ibu bapa perlu selalu bercakap dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap!
  3. Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah mereka faham. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas
  4. Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
  5. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
  6. Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali
  7. Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya
  8. Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak
  9. Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.
Semoga anakku menjadi anak yang soleh & berjaya duniawi & ukhrawi..AMEEN
Tengok tuu..ramah betul arif...ibu dia cakap, dia pon nak jugak cakap...

Saturday, January 14, 2012

33 WEEKS & A WEEK

Salam...

Dah lama x membelek2 blog ni...
Letih..banyak keje kt ofis..agreement..aduss..sampai nak muntah & pening tengok agreement..
Tapi alhamdulilah..sume beres....alah bisa tegal biasa (betul ke pepatah ni? haha..)

Perutku dah semakin sarat ni...baby pon dh besar..last scan ari2 dh 1.7kg, tp rasanya skg dh 2kg lebih..
Suka betul baby ni bergolek2 dalam perut ibunya..
Yang lawak tu..tengah2 dok golek2 dalam perut ibunya, time ayahnya letak tangan kt perut, terus dia x respon..haha
Baby x bape familiar kot ngan tangan ayah dia..maklum la, ayah & ibunya PJJ..jumpa skali skala jer..
Tapi klu banyak ari ayah dia balik, dia pon bagi respon yang memberangsangkan jugak, macam ibunya sentuh jugak..
Hobi sekarang adalah gosok2 & belai perut coz aktif sangat baby time sentuh perut..

Baby dh 8 bulan ni, dh 3x jumpa bidan coz baby menusup sangat..sampai rasa kt peha..susah nk gerak..
Tapi baru angkat perut, baby turun lagi..aduss...maklom la, ofis ibu baby 3rd floor..
Tiap2 ari nek turun tangga..

By the way, xsabar tunggu kelahiran my 1st baby ni..
Hopefully everything will be fine..
Hopefully jugak rezeki kami sefamily akan bertambah2 nanti..klu boleh, nak la dok dekat ngan encik husband...really miss him lorrr (^_^)

Nak p kt husband, husband dh xbg coz dh sarat sangat dh ni.. (ati nk p, tp seyes dah makin xlarat ni..)
Nak drive pon rasa mcm semput dh..nasib baik la aku beli keta auto, xla menyusahkan sangat..
Xpe, lagi 6 ari mr husband nak balik...xsabar tunggu..hihi
Pastu nak balik umah mertua sempena cuti CNY ni....
Bertambah gemok la klu balik umah mertua..sebab mak mertua masak sedap2...nyum2






Tuesday, December 20, 2011

TEKNIK PERNAFASAN KETIKA PROSES BERSALIN




Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).



Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.



Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.



Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa teknik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.



“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.



“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).



“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.



Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.



Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.



Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

Sumber : majalah PA&MA

Friday, November 18, 2011

CONTRACTION

SALAM

Info about contraction from those who have experiences:

Baby dok keras2 dalam perut tu actually contraction...namanya Braxton Hicks (Contraction palesu)...
Ianya selalu terjadi 20 weeks and above...
ooooOOOoo..baby dok mengeras dalam perut ni tandanya contraction ler..
Tapi, contraction ni boleh hilang if kita tukar kedudukan..kira tak berpanjangan ler..

Klu contraction nk bersalin pulok..kata org..
Baby dok mengeras, pastu duduk, berdiri macam mana pon rasa xselesa jer..
Dengan adanya @ keluarnya tanda2 tertentu..eg: darah or cairan putih ker..wateva ler (kena tunggu suatu hari nanti )

Waaaa..perut padat ni..maunyer xpadat...
Cek list apa yg di makan dari malam td..
Malam: Mee goreng mama wat 3 pinggan...(baby yg nk makan tau..)
Pagi: Air milo secawan + mee goreng sepinggan jer..
Tengahari before lunch: Cucur udang + air milo 1 tumbler kecik comey tuu..
Lunch kt pekan rabu: nasi ayam + air jagung sedap gitu2...
After lunch: air milo ais sebungkus + rojak buah mempelam 2 bungkus...
Lepas tuu...perut padat..huhu...asyik nk pee je kejenya...

Petang ni...p umah kak dila beli minyak zaitun 3 botol...
Hope, pas amalkan minyak zaitun ni, idop makin slim yer..hahaha

From: aku yang makin gemok...wife incik Sulaiman...
p/s: gemok ada maknaaaa...

Thursday, August 4, 2011

Muntah Darah.......


Pelik tapi benar..

Ni yg terjadi kt aku....memang la org pregnant klu alahan sokmo muntah2...pening...mama aku kata tu benda biasa jer...
aku mkn je, muntah..makan je, muntah..berat aku susut 7kg dlm tempoh 2 bulan...teruk kn..

Semalam, 3/8/2011...pas buka posa jer..p toliet nk amik wuduk, aku muntah..maka abeh la makanan dlm perut aku ni..walaupon aku xdpt posa ari2 coz letih sgt2, aku tetap rasa teruknya...

Lepas solat, aku masuk lg bilik air nk mandi plak....masuk2 jer..aku terus muntah n muntah..sakit sgt dada aku ni...tetiba kuar muntahan kala coklat pekat hampir kehitaman...pelik, aku xmkn benda apa pon kala hitam..pastu, muntah lg..kuar camtu gak...

Muntah seterusnya...warna merah n ada ketulan darah...terus aku panggil mama..suh mama mai tgk sdri...ma pon terkejut..ma kata ni bukan muntah biasa dh..ni dh luar biasa...ma ajak p klinik, tp aku xmau..so, aku suh ma kol mcik Linda yg expert bab2 ilmu alam lain ni.....
Mcik Linda gunakan 3 benda utk rawat aku...epal hijau, air kosong n tali ksut husband (kena minta permission dr husband dlu tau..)

Alhamdulilah..arini aku ceria sedikit berbanding sblm2 ni...moga aku & org yg disayangi di jauhi dari kedengkian org yg jahat...ameen...

ALLAHUMMA YAA MAN NUURUHUU FI SIRRIHII WA SIRRUHUU FII KHOLQIHII, AKHFINII 'AN A'YUNIN NAZIIRIN.
WA QULUUBIL HASIDIIN. WAL BAAGHIINA KAMAA AKHFAITAR RUUHA FIL JASADI, INNAKA 'ALAA KULLI SYAI'IN QODIIR.


Ya Allah, Tuhan yang NurNya berada dalam RahsiaNya, dan RahsiaNya berada dalam makhlukNya, lindungi lah aku dari penglihatan orang-orang yang mengintai, dari hati orang-orang yang hasad dan orang-orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan Ruh manusia didalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa diatas tiap-tiap sesuatu.

wassalam~

Tuesday, July 26, 2011

Juz nk share..zaman gagah perkasa dolu2

zaman2 kegemilangan futsal time study..


syok sangat2..tp time ni demam, so energy kurang la sket..tengok bola pon mcm x heran..tp muka still ganazz..haha


time ni tgh rebut2 bola ngan awin..hoho..akhirnya gol jugak...cayalah....


finally...team "suka-suka" from faculty of law & international relations (FUHA) menang lg...klu team FUHA yg main, confirm nyer tetap juara....


ni sume juara2 futsal kosmo varsiti UDM a.k.a UNISZA.....yeaahh..kamilah juara....

oppsss..lupa nk gtau...kt bawah ni gambo coach kami....

ni la coach zulharisam...a.k.a coach T-Team gak kot..dlu dia player teganu....tp lg best klu coach zubir yg jd coach...sbb team kami makin maju under coach zubir..huhuu...


Share


Monday, July 25, 2011

Pregnancy & Kesabaran ~

Salam..

I'm so excited to share this good news wiz everyone....

Finally, after waiting n waiting selepas 3 bulan mendirikan mahligai idaman wiz my luvly husband....tanggal 27-6-2011,aku disahkan hamil oleh diri sdri pas guna pregnancy test = +ve..hik3...tu pon cek sehari pas blk honeymoon ngan husband dr langkawi...

so, tersangatlah syok n syukur..aku beli lg pregnancy test brand lain plak n cek lg..+ve gak...alhamdulilah.....
pastu p la cek kt klinik gov, after tertunggu2 sejam, masuk jmpa MA...dia kata xleh cek coz blackout...(ni yg hampeh)..

a week after that, p klinik swasta yg hampeh gak...poliklinik hi**yah..cek2, yaaa..confirm lg pregnant..so, dpt la folic acid...sumpah aku xmau p dh klinik tu coz tersangat la kotor..malu la klinik org melayu camtu... 

Then,10-7-2011, p plak INS Specialist Center..jumpa la ngan dr.sarabjit singh....scan2 perut, tgk jantung baby gerak2..comel sgt tgk...kecik jer, baru 1.7cm...hihi..sangat la excited...

Dalam keadaan tersangat excited coz dh pregnant, time ni sgt la menguji kesabaran aku.....cobaan...
alahan sgt la teruk even org nampak aku ni mcm gagah perkasa jer...aku mkn nasi lemak pagi2 b4 p keja 2 bungkus gitu....masuk je ofis...abeh la 2 bungkus nasi lemak tu coz aku muntah abeh...pastu pening sgt2 mcm nk cabut kepala gitu...pastu time keje, badan mula la menggeletar coz lapar sgt...time lunch plak, seolah2 xde selera nk mkn apa2..tp sebabkan kesian kt bby dlm perut ni, aku mkn je la ape pon...pas lunch, kt ofis..uweekkk lg...so, kosong lg la perut...cian badan aku ni....berat pon da makin susut sket....klu nk bg lega sket, minum air nyiur..rs mcm selesa sket la even jap jer pon...tp ada gak pendapat dr org lebih berusia kata xleh minum air nyiur, konon tajam la...anak lembik laa...ada gak ckp, klu minum, kulit bby gebu...macam2 laaa..so, aku minum je coz aku rsa selesa n coz dr sarab ckp kena pantang nenas jer....

husband plak, suh mkn asam byk2 coz nk baby boy..huhu..tp mummy nyer xkisah girl or boy..janji sihat wal'afiat...ameen...

time aku post ni...my baby dh 2 months..so, 7 months to go....chaiyok2 utk myself!!huhu...
hope, Allah berikan aku kekuatan sempena bulan puasa next week...hope dpt puasa penuh la yer...
Kena ingat, Allah hanya menguji hamba-hambanya yg mampu....alhamdulilah aku ni di uji kerana kemampuan aku....

Wassalam~


Share


Wednesday, August 5, 2009

First entry

Assalamualaikum... test2, trime kasih kpd Akhi Firdaus yg tolong ajarkan buat blog secantik ini, saye xtau nk ckp ape, skadar leh ucapkan terime kasih sgt2, lepas ni InsyaAllah saye akan blaja sendiri2 utk wat lak, thanks yer ;)